Intervensi surgikal untuk rawatan kanser kaviti oral (mulut) dan kanser orofarinks (tekak)

Terjemahan ini tidak kemaskini. Sila klik di sini untuk melihat versi Bahasa Inggeris terbaru Ulasan Sistematik ini.

Kajian-kajian dalam ulasan ini merujuk kepada pesakit yang mengalami kanser kaviti oral. Kajian-kajian tersebut tidak menunjukkan surgeri untuk membuang nodus limfa yang bebas kanser di leher, pada masa yang sama kanser dibuang, dikaitkan dengan kemandirian lebih panjang, namun terdapat bukti surgeri leher awal mengurangkan kejadian kanser daripada berulang. Tiada juga bukti pembuangan nodus limfa di leher menghasilkan kemandirian lebih panjang berbanding pembuangan surgikal selektif nodus limfa yang terlibat. Walaupun pembuangan nodus limfa di leher dikaitkan dengan kesan buruk yang signifikan berkaitan dengan rupa dan fungsi misalnya makan, minum dan bertutur, kajian-kajian dalam ulasan ini tidak mengukur kualiti kehidupan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noorliza Mastura Ismail (Melaka-Manipal Medical College). Disunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my

Share/Save