Peluntur gigi berasaskan bahan kimia yang dilakukan di rumah dalam kalangan dewasa.

Soalan ulasan
Apakah bukti sedia ada mengenai pelbagai peluntur gigi berasaskan bahan kimia yang dilakukan di rumah untuk memutihkan gigi?

Latar belakang
Permintaan untuk gigi yang lebih putih semakin meningkat. Produk pemutih dengan ejen peluntur yang boleh dilakukan di rumah telah menjadi popular dan dipreskripsi kepada awam oleh doktor gigi atau boleh dibeli tanpa preskripsi (over-the-counter). Terdapat pelbagai produk pemutih sedia ada termasuklah hidrogen peroksida, karbamida peroksida, natrium percarbonat, natrium heksametaphosphate, natrium tripolifosfat, dan kalsium peroksida. Ejen-ejen ini dibekalkan dalam kepekatan berbeza dan digunakan dengan kaedah berbeza (gel di dalam dulang, sapuan gel, gula- gula getah dan cecair kumuran), di mana setiap satu mempunyai pelbagai masa aplikasi dan tempoh rawatan.

Ciri-ciri kajian
Para penulis Kesihatan Oral Cochrane menjalankan ulasan kajian-kajian sedia ada dan bukti terkini ialah sehingga 12 Jun 2018. Kami menyertakan bersama 71 percubaan melibatkan 3780 orang dewasa yang menjalani prosedur pemutihan dengan pelbagai ejen peluntur menggunakan kaedah- kaedah aplikasi, tempoh aplikasi dan tempoh rawatan yang berbeza. 26 kajian membandingkan ejen peluntur dengan plasebo dan 51 kajian membandingkan satu ejen peluntur dengan ejen peluntur yang lain.

Keputusan utama

Perbandingan ejen peluntur untuk memutihkan gigi dengan plasebo adalah singkat (dari 2 minggu ke 6 bulan). Walau bagaimanapun, kepastian tentang bukti ini adalah lemah ke sangat lemah.

Bukti-bukti sedia ada adalah tidak mencukupi untuk membuat kesimpulan tentang kelebihan komposisi peluntur gigi yang dibuat di rumah atau kaedah penggunaan tertentu atau kepekatan atau masa aplikasi atau tempoh penggunaan.

Kesan- kesan sampingan yang biasa terjadi adalah gigi sensitif dan kerengsangan oral, di mana lebih banyak laporan pada kepekatan bahan aktif yang tinggi, walaupun kesan- kesan sampingan adalah ringan and sementara.

Kajian rawak terkawal perlu dilakukan dengan menyeragamkan cara penggunaan, kepekatan, masa aplikasi dan tempoh rawatan.

Kualiti bukti
Kesemua perbandingan mengenai kepastian tentang bukti keseluruhan adalah rendah ke sangat rendah. Ini adalah kerana kebanyakkan perbandingan dilaporkan dalam kajian tunggal dengan saiz sampel yang kecil dan kadar kejadian yang rendah. Risiko berat sebelah adalah tidak jelas dalam kebanyakkan kajian.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wan Alia Wan Abdullah (Kementerian Kesihatan Malaysia). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi wanalia92@gmail.com

Tools
Information
Share/Save