Probiotik untuk pencegahan necrotizing enterocolitis di kalangan bayi pramatang

Necrotizing enterocolitis (NEC ) adalah penyakit yang serius yang menjejaskan usus bayi pramatang dalam tempoh beberapa minggu pertama selepas lahir. Walaupun punca NEC tidak diketahui kesemuanya, penyusuan susu dan pertumbuhan bakteria memainkan peranan. Probiotik (makanan tambahan yang mengandungi bakteria atau yis yang berpotensi memberi manfaat) telah digunakan untuk mencegah NEC. Ulasan kami mendapati bahawa kegunaan probiotik mengurangkan kejadian NEC dan kematian di kalangan bayi pramatang dengan berat lahir kurang dari 1500 gram. Tiada data yang mencukupi mengenai kebaikan dan potensi kesan buruk bagi bayi paling berisiko, iaitu bertimbang kurang dari 1000 gram sewaktu kelahiran.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Foo Sook Lee (Penang Medical College). Disunting oleh Tan May Loong (Penang Medical College). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi fslee@pmc.edu.my.

Tools
Information
Share/Save