Intervensi untuk meningkatkan kadar profesional kesihatan untuk bekerja di kawasan luar bandar dan kawasan yang kurang diberi perhatian

Apakah tujuan ulasan ini?

Tujuan ulasan Cochcrane ini adalah untuk mengetahui sama ada strategi untuk meningkatkan bilangan profesional kesihatan yang bekerja di kawasan luar bandar dan kawasan yang kurang diberi perhatian adalah berkesan. Penyelidik dalam The Cochrane Collaboration mencari semua kajian baru yang boleh menjawab soalan ini, memandangkan bahawa ulasan sebelumnya yang dijalankan pada 2009 tidak menemui sebarang bukti berkepastian tinggi.

Apa yang ulasan tersebut simpulkan?

Kami hanya boleh mengenalpasti satu kajian baru dengan kepastian bukti yang sangat rendah. Jadi, kami masih tidak pasti tentang kesan jenis strategi tersebut. Kajian intervensi yang dijalankan elok dengan kumpulan kawalan atau bandingan yang sesuai diperlukan untuk menilai secara kritikal impak strategi untuk meningkatkan bilangan profesional kesihatan yang bekerja di kawasan yang kurang diberi perhatian.

Apa yang telah dikaji dalam ulasan?

Semua negara mempunyai kawasan yang kurang diberi perhatian oleh profesional kesihatan; kebanyakannya dalam kalangan komuniti luar bandar dan golongan miskin bandar. Masalah ini dilihat di seluruh dunia, tetapi ia lebih serius di negara berpendapatan rendah and sederhana.

Sementera sesetengah profesional kesihatan memilih untuk bekerja di kawasan yang kurang mendapat perhatian, kami memerlukan strategi untuk memujuk lebih banyak daripada mereka untuk membuat sedemikian. Strategi yang berbeza telah digunakan. Sebagai contoh, sesetengah sekolah perubatan cuma merekruit lebih banyak pelajar daripada latar belakang luar bandar atau mengatur untuk pelajar untuk berlatih dalam persekitaran luar bandar dengan harapan graduan akan pulang ke kawasan tersebut untuk berkhidmat. Biasiswa, geran, skim pembayaran balik pinjaman dan gaji lebih tinggi telah ditawarkan untuk menarik profesional kesihatan ke kawasan kurang mendapat perhatian, dan pada masa yang sama negara-negara juga menggunakan strategi penempatan semula wajib. Walaupun sesetengah strategi telah menunjukkan hasil, terdapat kurang kajian dengan reka bentuk yang bagus untuk menilai keberkesanan jangka pendek dan panjang strategi tersebut dalam fesyen rapi.

Apakah keputusan utama ulasan?

Ulasan ini menjumpai satu kajian baru yang menilai kesan satu skema National Health Insurance atas pengagihan profesional kesihatan di Taiwan. Sebelum implementasi National Health Insurance, orang yang tinggal di kawasan luar bandar lebih kurang mampu untuk menanggung kos medical daripada orang yang setara yang tinggal di kawasan bandar. Implementasi satu skim National Health Insurance menjadikan penjagaan perubatan lebih berpatutan untuk semua warganegara Taiwan di kawasan bandar dan luar bandar. Ini mungkin telah menyebabkan pengagihan geografi profesional kesihatan yang lebih baik. Namun, kami menilai kepastian bukti adalah sangat rendah. Oleh yang demikian, kami tidak pasti berkenaan kesan skim National Health Insurance atas pengagihan profesional kesihatan.

Sehingga bila ulasan ini dikemaskini?

Pengarang ulasan telah mencari kajian-kajian yang diterbitkan sehingga April 2014.

ringkasan ulasan ini untuk pembuat dasar boleh didapati di sini

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khoo Jing Hern (Melaka Manipal Medical College). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information