Benzodiazepin untuk kesan berhenti daripada arak

Benzodiazepin adalah lebih berkesan berbanding dengan plasebo terhadap sawan akibat berhenti daripada alkohol walaupun ia ada kesan berbeza daripada rawatan lain yang biasanya digunakan.

Ulasan Cochrane ini meringkaskan bukti daripada enam puluh empat kajian rawak terkawal yang menilai keberkesanan dan keselamatan benzodiazepin dalam rawatan gejala penarikan diri daripada alkohol. Data yang didapati menunjukkan bahawa benzodiazepin adalah berkesan terhadap sawan akibat berhenti daripada alkohol apabila dibandingkan dengan plasebo dan berpotensi memberi perlindungan yang bermanfaat bagi hasil yang banyak berbanding dengan ubat-ubatan lain. Data tentang hasil keselamatan adalah jarang dan tidak sekata.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information