Langkau ke kandungan utama

Bijirin gandum untuk penyakit kardiovaskular

Latar belakang

Makanan gandum merangkumi pelbagai produk dan mengandungi bijirin gandum, beras, jagung dan oat. Istilah 'gandum' juga termasuk bijirin gandum yang digiling seperti gandum oatmeal dan wholemeal.

Ciri-ciri kajian

Penyelidik telah menilai sembilan kajian rawak yang menilai kesan pemakanan gandum berbanding diet dengan bijirin halus atau diet yang biasa pada tahap kolesterol dalam darah dan tekanan darah (faktor risiko utama bagi penyakit kardiovaskular yang termasuk serangan jantung atau angin ahmar). Bukti-bukti adalah terkini setakat Ogos 2016.

Keputusan utama

Diet yang diikuti untuk sekurang-kurangnya 12 minggu, tetapi kebanyakan kajian mempunyai beberapa batasan metodologi, bilangan peserta adalah kecil dan keseluruhan kualiti bukti adalah rendah. Penyelidik mendapati tiada kajian yang melaporkan kesan bijirin pada kematian daripada penyakit kardiovaskular atau kejadian kardiovaskular. Semua sembilan kajian melaporkan kesan pemakanan gandum terhadap paras kolesterol dalam darah dan tekanan darah. Penyelidik mendapati tiada kesan ke atas kolesterol atau tekanan darah yang memihak kepada diet gandum. Empat kajian dibiayai oleh badan pendanaan kebangsaan dan kerajaan yang bebas, manakala kajian-kajian lain melaporkan pembiayaan atau pembiayaan separa oleh organisasi yang mempunyai kepentingan komersil dalam bijirin.

Kesimpulan

Terdapat bukti yang tidak mencukupi dari kajian terkawal rawak setakat ini untuk mencadangkan pengambilan diet bijirin untuk mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, atau menurunkan kolesterol dalam darah, atau tekanan darah.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Lai Nai Ming (School of Medicine, Faculty of Health and Medical Sciences, Taylor's University, Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini, sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Petikan
Kelly SAM, Hartley L, Loveman E, Colquitt JL, Jones HM, Al-Khudairy L, Clar C, Germanò R, Lunn HR, Frost G, Rees K. Whole grain cereals for the primary or secondary prevention of cardiovascular disease. Cochrane Database of Systematic Reviews 2017, Issue 8. Art. No.: CD005051. DOI: 10.1002/14651858.CD005051.pub3.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan