Terapi oksigen hiperbarik untuk merawat kesan lewat radioterapi

Isu ini
Terdapat risiko untuk komplikasi serius terjadi selepas rawatan radiasi (radioterapi) untuk kanser (kecederaan radiasi tisu lewat (LRTI)). Masalah-masalah ini boleh menjadi sukar ditangani dan terdapat beberapa keraguan tentang pendekatan terbaik untuk rawatan. Terapi oksigen hiperbarik (HBOT) melibatkan pernafasan oksigen tulen pada tekanan tinggi dalam bekas ruang yang direka khas. Ia digunakan sebagai rawatan untuk memperbaikan bekalan oksigen kepada tisu yang rosak (sel dalam badan) dan menyokong penyembuhan.

Matlamat ulasan
Kami mencari pangkalan data perubatan untuk kajian klinikal untuk mencari bukti untuk atau bertentangan akan kebolehan HBOT, berbanding dengan tiada rawatan atau rawatan alternatif, untuk memperbaiki komplikasi ini. Bukti adalah terkini sehingga Disember 2015.

Apakah penemuan utama?
Terdapat bukti bahawa HBOT memperbaiki hasil ukuran dalam LRTI yang melibatkan tulang dan tisu-tisu lembut di kepala dan leher, untuk proktitis radiasi (keradangan pada bahagian bawah usus besar yang disebabkan oleh radioterapi) dan untuk mencegah pembangunan osteoradionekrosis (kematian tulang yang disebabkan oleh rawatan radioterapi) selepas cabutan gigi dalam medan penyinaran. Tidak terdapat bukti tentang sebarang kesan klinikal atas tisu-tisu dalam sistem saraf.

Kualiti bukti kajian
Bukti pada umumnya berkualiti sederhana dan terhad oleh bilangan peserta yang rendah, kaedah pelaporan dan keputusan yang kurang baik, dan ketidakpastian terhadap tahap penambahbaikkan secara tepat dengan HBOT.

Apakah kesimpulannya?
Aplikasi HBOT kepada peserta dan tisu-tisu yang terpilih mungkin wajar. Kajian atas kecederaan radiasi mencadangkan bahawa tisu-tisu lain juga mungkin bertindak balas (seperti pundi kencing). Kajian lanjut diperlukan untuk menentukan orang yang mana dapat bertindak balas dan pemilihan waktu yang terbaik untuk terapi ini. Kajian terhadap kos juga adalah berguna.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Intan Juliana Abd Hamid (Institut Perubatan & Pergigian Termaju, USM). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save