Teh hijau untuk pencegahan kanser

Terjemahan ini tidak dikemas kini. Sila klik di sini untuk melihat versi Bahasa Inggeris terbaru Ulasan.

Lima puluh satu kajian dengan lebih 1.6 juta peserta, kebanyakannya bersifat permerhatian telah dimasukkan ke dalam ulasan sistematik ini. Kajian-kajian mencari hubungan di antara penggunaan teh hijau dan kanser saluran pencernaan, kanser ginekologi termasuk kanser payudara, kanser urologi termasuk kanser prostat, kanser paru-paru dan kanser kaviti oral. Kebanyakan kajian-kajian yang dimasukkan mempunyai kualiti kaedah sederhana hingga tinggi. Bukti bahawa penggunaan teh hijau mungkin mengurangkan risiko kanser adalah bercanggahan. Ini bermakna, meminum teh hijau tidak membuktikan pencegahan kanser, tetapi kelihatan selamat jika digunakan secara sederhana, regular dan kebiasaan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi loketimkhaw@imu.edu.my. Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail, Kolej Perubatan Melaka-Manipal.

Share/Save