Terapi meditasi untuk gangguan kebimbangan

Walaupun terapi meditasi digunakan secara meluas untuk pelbagai jenis penyakit berkaitan dengan kebimbangan, namun masih kekurangan kajian bagi pesakit gangguan kebimbangan. Jumlah nombor kajian yang dimasukkan dalam ulasan ini rendah dan oleh itu tidak membolehkan apa-apa kesimpulan diraih mengenai keberkesanan terapi meditasi dalam merawat gangguan kebimbangan. Meditasi transcendental adalah setanding dengan jenis terapi relaxasi yang lain dalam mengurangkan kebimbangan, dan Kundalini Yoga tidak menunjukkan keberkesanan yang ketara dalam merawat gangguan obsesif kompulsif jika dibandingkan dengan relaxasi/meditasi. Kadar keciciran adalah tinggi, dan kesan-kesan negatif meditasi tidak dilaporkan. Kajian lebih lanjut adalah diperlukan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Julie Yeo (Taylor’s University, Malaysia). Disunting oleh Ernie Yap Sze Wei. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi julieyeohh@gmail.com

Tools
Information
Share/Save