Rawatan menggunakan antibiotik yang berbeza untuk pneumonia komuniti bagi kanak-kanak yang sihat di bawah umur 18 tahun di hospital dan rawatan pesakit luar.

Pneumonia adalah punca utama kematian di kalangan kanak-kanak bawah usia lima tahun. Kebanyakan kes pneumonia yang diperolehi dari komuniti(CAP) di negara yang berpendapatan rendah adalah disebabkan oleh bakteria. Ulasan ini telah mengenalpasti 29 percubaan terkawal rawak dari pelbagai negara yang berbeza melibatkan seramai, 14,188 orang kanak-kanak dan membandingkan pelbagai jenis antibiotik untuk merawat CAP di kalangan kanak-kanak. Kebanyakan kajian ini membabitkan kajian skala kecil di satu satu tempat sahaja.

Kami telah mendapati bahawa untuk rawatan pneumonia pesakit luar, 'amoxicillin' adalah rawatan alternatif untuk 'co-trimoxazole'. Oral 'amoxicillin' mungkin berkesan untuk kanak-kanak yang ada pneumonia yang teruk tanpa hipoksia(iaitu penurunan paras oksigen dalam darah) dan yang masih boleh makan dengan baik. Untuk pneumonia yang sangat teruk, kombinasi penisilin atau 'ampicillin' dengan 'gentamycin' adalah lebih berkesan daripada 'chloramphenicol' sahaja. Kesan sampingan ubatan tidak dinyatakan di dalam banyak kajian. Untuk mana-mana maklumat tentang kesan sampingan yang sedia ada, tiada perbezaan antara dua ubat yang dibandingkan kecuali kesan sampingan gastrousus (cirit birit, sakit perut) lebih banyak dilaporkan dengan 'erythromycin' berbanding dengan 'azithromycin'.

Batasan ulasan ini adalah, hanya terdapat lima kajian sahaja yang mencapai semua kriteria untuk penilaian kualiti dan hanya terdapat satu atau dua kajian untuk perbandingan keberkesanan antibiotik.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Julie Yeo(Taylor's University, Malaysia). Disunting oleh Rosnani Zakaria (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi julieyeohh@gmail.com

Tools
Information