Ejen-ejen anti-platelet untuk mencegah praeklampsia dan komplikasi-komplikasinya

Dos rendah aspirin membantu mencegah praeklampsia dan sebahagian daripada komplikasinya.

Praeklampsia ialah satu keadaan semasa mengandung yang melibatkan tekanan darah tinggi dan protein dalam air kencing. Ia boleh membawa komplikasi yang serius. Oleh sebab ia menjejaskan pembekuan darah, antiplatelet (ubat seperti aspirin yang boleh mencegah darah beku) digunakan untuk mencegah praeklampsia. Ulasan tentang 59 kajian, melibatkan 37,560 wanita, mendapati bahawa dos rendah aspirin mengurangkan risiko praeklampsia sebanyak kira-kira satu per enam (17%), dengan penurunan risiko yang serupa dalam risiko bayi mati (14%) dan penurunan risiko yang kecil dalam risiko bayi dilahirkan terlalu awal (8%). Dos sehingga 75mg kelihatan selamat. Dos yang lebih tinggi mungkin lebih baik, tetapi kesan buruknya mungkin juga lebih banyak.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Julie Yeo (Taylor’s University, Malaysia). Disunting oleh Lai Nai Ming (Taylor’s University School of Medicine, Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi julieyeohh@gmail.com

Tools
Information
Share/Save