Preskripsi antibiotik tertangguh untuk jangkitan saluran pernafasan (RTI)

Soalan ulasan

Kami menyiasat kesan penangguhan preskripsi antibiotik berbanding preskripsi segera atau tiada antibiotik untuk orang dengan jangkitan saluran pernafasan termasuk sakit tekak, jangkitan telinga tengah, batuk (bronkitis), dan selesema biasa. Kami memasukkan semua RTI tidak kira sama ada antibiotik diindikasi atau tidak. Kami juga menilai penggunaan antibiotik, kepuasan pesakit, rintangan antibiotik, kadar perundingan semula, dan penggunaan terapi tambahan. Ini adalah kemaskini ulasan terbitan 2007, 2010 dan 2013.

Latar belakangd

Mempreskrib terlalu banyak antibiotik meningkatkan risiko reaksi buruk dan menyebabkan kos penjagaan kesihatan yang lebih tinggi dan meningkatkan rintangan antibakteria.

Satu strategi untuk mengurangkan preskripsi antibiotik yang tidak diperlukan adalah dengan penyediaan preskripsi antibiotik, tetapi dengan nasihat untuk menangguh pengisian preskripsi. Pemberi ubat menilai antibiotik segera tidak diperlukan segera, dengan harapan simptom akan hilang tanpa antibiotiok.

Ciri-ciri kajian

Bukti adalah terikini sehingga 25 Mei 2017. Kami memasukkankan 11 kajian dengan jumlah 3555 peserta, dan menilai strategi mempreskrib untuk orang dengan jangkitan saluran pernafasan. Sepuluh daripada kajian tersebut membandingkan strategi menangguhkan antibiotik dengan antibiotik segera. Empat kajian membandingkan antibiotik tertangguh dengan tanpa antibiotik. Daripada 11 kajian tersebut, lima melibatkan hanya kanak-kanak (1173 peserta), dua melibatkan hanya orang dewasa (594 peserta), dan empat melibatkan kanak-kanak dan orang dewasa (1761 peserta). Kajian-kajian tersebut menyiasat pelbagai jangkitan saluran pernafasan. Satu kajian yang melibatkan 405 peserta adalah baharu untuk kemaskini ini.

Keputusan-keputusan utama

Tiada perbezaan di antara antibiotik segera, tertangguh, dan tanpa antibiotik untuk kebanyakan simptom termasuk demam, sakit, rasa tidak sihat, batuk, dan hidung berair. Perbezaan hanyalah kecil dan menyokong antibiotik segera untuk melegakan sakit, demam, dan hidung berair bagi sakit tekak; dan sakit dan rasa tidak sihat bagi jangkitan telinga tengah. Berbanding tiada antibiotik, antibiotik tertangguh memberi pengurangan kecil jangka masa sakit, demam, dan batuk berterusan dalam kalangan orang dengan selesema. Terdapat sedikit perbezaan dalam kesan sampingan antibiotik, dan tiada perbezaan signifikan dalam komplikasi.

Kepuasan pesakit adalah serupa bagi orang yang menerima antibiotik tertangguh (86% berpuas hati) berbanding antibiotik segera (91% berpuas hati), tetapi lebih daripada tanpa antibiotik (87% berbanding 82% berpuas hati). Penggunaan antibiotik adalah paling besar dalam kumpulan antibiotik segera (93%), diikuti antibiotik yang tertangguh (31%), dan tanpa antibiotik (14%).

Pada bulan pertama selepas perundingan awal, dua kajian menunjukkan peserta tidak mungkin lebih cenderung untuk kembali dan berjumpa doktor bagi kumpulan preskripsi tertangguh atau segera. Kecuali bulan pertama, satu kajian mendapati para peserta tidak lebih cenderung untuk berjumpa doktor dalam 12 bulan selepas preskripsi yang tertangguh atau segera bagi jangkitan saluran pernafasan yang lain, dan satu lagi kajian mendapati peserta lebih cenderung untuk kembali berjumpa doktor dalam tempoh 12 bulan akan datang jika mereka mendapat preskripsi segera berbanding preskripsi tertangguh.

Dua kajian melibatkan kanak-kanak dengan otitis media akut melaporkan penggunaan ubat-ubatan lain dalam kumpulan antibiotik tertangguh dan segera. Tiada perbezaan dalam penggunaan ibuprofen, parasetamol, dan titisan otik di dalam satu kajian. Dalam kajian satu lagi, kurang sudu parasetamol digunakan dalam kumpulan antibiotik segera berbanding kumpulan antibiotik tertangguh pada hari kedua dan ketiga selepas penampilan awal kanak-kanak. Tiada kajian-kajian yang menilai herba atau bentuk ubat pelengkap lain.

Tiada kajian-kajian yang menilai rintangan antibiotik.

Kualiti bukti

Secara keseluruhan, kualiti bukti adalah sederhana mengikut penilaian GRADE.

Apabila doktor berasa selamat untuk tidak mempreskrib antibiotik segera, menasihatkan untuk tidak memberi antibiotik tetapi untuk kembali jika simptom tidak hilang, daripada menangguhkan antibiotik, akan mengurangkan penggunaan antibiotik. Walau bagaimanapun, kepuasan pesakit mungkin lebih tinggi apabila strategi preskripsi yang tertangguh diguna. Menggunakan strategi antibiotik tertangguh tetap akan mengurangkan penggunaan antibiotik dengan signifikan berbanding penggunaan antibiotik segera.

Nota editorial: Ini adalah ulasan sistematik berterusan. Ulasan sistematik berterusan menawarkan pendekatan baharu di mana ia dikemaskini berterusan, memasukkan bukti baharu yang relevan sebaik sahaja diperolehi. Sila rujuk kepada Pangkalan Data Ulasan Sistematik Cochrane untuk status terkini ulasan ini.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Khoo Jing Hern (Melaka Manipal Medical College). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi khoojinghern@hotmail.com.

Tools
Information
Share/Save