prosedur teknik surgikal berbanding konsevatif untuk pengendalian gigi geraham bongsu terimpak yang asimptomatik bebas-penyakit.

Soalan ulasan

Ulasan ini merujuk kepada buktiKesihatan Oral Cochrane bertujuan menilai kesan pembuangan (prosedur surgikal) berbanding pengendalian konservatif gigi geraham bongsu terimpak, tanpa gejala dan tanpa bukti penyakit setempat dalam kalangan remaja dan orang dewasa. Ini adalah kemaskini terbitan ulasan sedia ada pada 2012.

Latarbelakang

Gigi geraham bongsu atau molar ketiga biasanya mereput dan tercabut di antara umur 17 dan 26 tahun.Ia merupakan gigi terakhir untuk mereput, dan kerapkali mereput dalam posisi rapat dengan gigi paling hujung di dalam mulut (molar kedua)Ruang untuk gigi-gigi ini sangat terhad.Gigi geraham bongsu sering gagal untuk mereput atau separa mereput, akibat impak gigi geraham bongsu terhadap molar kedua (gigi di hadapan gigi geraham bongsu) Dalam kebanyakan kes, ia terjadi bila molar kedua menghalang laluan pengeruptan molar ketiga dan berperanan sebagai halangan fizikal, menghalang pereputan sepenuhnya.Gigi geraham bongsu yang terimpak dipanggil asimptomatik atau bebas-penyakit jika tiada tanda dan gejala penyakit yang mempengaruhi gigi tersebut atau struktur berhampirannya.

Gigi geraham bongsu terimpak boleh menyebabkan bengkak dan ulser pada gusi sekeliling gigi tersebut, kerosakan pada akar molar kedua, kerosakan molar kedua, penyakit gusi dan tulang di sekekeliling molar kedua dan pembentukan sista atau tumor. Terdapat persetujuan umum bahawa pembuangan gigi geraham bongsu sesuai jika ada tanda dan gejala penyakit yang dikaitkan dengan gigi geraham bongsu tersebut. Kurang persetujuan wujud berkenaan pengendalian yang sesuai untuk gigi geraham bongsu terimpak yang asimptomatik dan bebas-penyakit.

Ciri kajian

Kami mencari tulisan perubatan sehingga May 2016 dan mendapat satu kajian rawak terkawal (KRT) dan satu kajian kohort prospektif untuk dimasukkan dalam ulasan ini. Kajian-kajian ini melibatkan 493 jumlah responden.KRT yang dijalankan di hospital pergigian di UK melibatkan 77 peserta remaja lelaki dan wanita, dan kajian kohort yang dijalankan di sebuah klinik swasta di AS melibatkan 416 responden yang berumur 24 hingga 84 tahun.

Keputusan utama

Bukti sedia ada tidak mencukupi untuk membuktikan sama ada gigi geraham bongsu terimpak asimptomatik bebas-penyakit patut dibuang.

Satu kajian yang tidak ada elemen ketidakadilan memberi kualiti bukti yang rendah menyatakan kehadiran gigi geraham bongsu terimpak yang asimptomatik bebas-penyakit dikaitkan dengan periodontitis (jangkitan gusi) dan mempengaruhi molar kedua yang bersebelahan (gigi yang di hadapan gigi geraham bongsu) dalam jangkamasa panjang. Dalam kajian yang sama, tiada bukti untuk mencadangkan gigi geraham bongsu terimpak yang asimptomatik bebas-penyakit meningkatkan risiko karies yang boleh mempengaruhi molar kedua yang bersebelahan.

Kajian satu lagi, juga berisiko bias tinggi, tidak menemukan bukti untuk mencadangkan pembuangan gigi geraham bongsu terimpak memberi kesan terhadap kesesakan dalam rawatan pergigian.

Kajian-kajian tersebut tidak mengukur hasil utama kami - kualiti hidup berkaitan kesihatan. Kajian-kajian tersebut juga tidak mengukur hasil sekunder - kos, kesan buruk lain berkaitan pengekalan gigi geraham bongsu terimpak yang asimptomatik bebas-penyakit (perikoronitis, resorpsi akar, pembentukan sista, pembentukan tumor, keradangan/jangkitan) dan kesan buruk berkaitan dengan pembuangan (osteitis/jangkitan post-operatif, kecederaan saraf, kerosakan gigi bersebelahan semasa surgeri, perdarahan, osteoradionekrosis berkaitan ubatan/radioterapi, keradangan/jangkitan)

Kualiti bukti

Bukti yang dikemukan oleh kedua-dua kajian yang dimasukkan dalam ulasan ini adalah rendah hingga sangat rendah, oleh itu kami tidak dapat bergantung kepada penemuan ini. Kajian berkualiti tinggi sangat diperlukan untuk menyokong amalan klinikal dalam bidang ini. Oleh kerana kurangnya bukti, penilaian pesakit patut dipertimbangkan dan kepakaran klinikal digunakan apabila membuat keputusan untuk pesakit yang ada gigi geraham bongsu terimpak yang asimptomatik bebas-penyakit.Jika keputusan dibuat untuk mengekalkan gigi geraham bongsu terimpak yang asimptomatik bebas-penyakit, penilaian klinikal berjeda regular dinasihatkan untuk mencegah hasil yang tidak diingini.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my

Tools
Information
Share/Save