Intervensi untuk pesalah seks yang kehilangan upaya belajar

Kesalahan seks semakin meningkatkan kebimbangan umum dengan gesaan untuk jangka pemenjaraan lebih panjang dan penyeliaan lebih dekat terhadap pesalah tersebut di dalam masyarakat. Pada masa ini pelbagai pendekatan rawatan diguna termasuk ubat-ubatan dan terapi bercakap, walaupun tidak banyak diketahui tentang kadar kejayaannya. Kumpulan kecil pesalah seks dengan kehilangan upaya belajar menjadi cabaran kerana terapi bercakap perlu diubahsuai untuk mengambilkira pembatasan kefahaman pesalah. Kami tidak dapat mencari bukti kajian rawak terkawal untuk memberi bimbingan dalam rawatan pesalah seks yang kehilangan upaya belajar.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com.

Tools
Information
Share/Save