Latihan kecergasan fizikal bagi mangsa-mangsa strok

Soalan ulasan

Kami mengulas bukti yang mengkaji sama ada latihan kecergasan fizikal adalah bermanfaat bagi pelbagai kesihatan dan hasil fungsi dalam penghidap strok.

Latar belakang

Kecergasan fizikal adalah penting untuk membolehkan manusia menjalankan aktiviti harian seperti berjalan dan menaiki tangga. Kecergasan fizikal adalah berbeza antara setiap orang. Contohnya, kecergasan lelaki cenderung untuk menjadi lebih tinggi berbanding wanita dan kecergasan setiap manusia semakin berkurangan dengan pertambahan umur dan jika kita kurang aktif secara fizikal. Kecergasan fizikal seringkali lemah pada mangsa-mangsa strok. Ini boleh menghadkan keupayaan mereka untuk menjalankan aktiviti seharian dan juga memburukkan lagi sebarang ketidakupayaan yang berkaitan dengan strok. Oleh kerana inilah, latihan kecergasan disarankan sebagai pendekatan yang bermanfaat untuk penghidap strok. Namun begitu, mengambil bahagian dalam latihan kecergasan memberikan banyak manfaat terutamanya kepada penghidap strok seperti meningkatkan fungsi kognitif (kemahiran berfikir), memperbaiki mood dan kualiti hidup dan ia dapat mengurangkan kemungkinan menghadapi strok lagi.

Ciri-ciri kajian

Sehingga Februari 2015 kami mengenalpasti 58 kajian untuk dimasukkan dalam ulasan. Kajian-kajian ini melibatkan sejumlah 2797 peserta pada semua peringkat penjagaan termasuklah peserta yang berada di hospital atau kembali tinggal di rumah. Kebanyakan peserta yang mengambil bahagian boleh berjalan sendiri. Kajian-kajian ini menguji pelbagai bentuk latihan kecergasan, ini termasuklah 1) kardiorespiratori atau latihan ‘ketahanan’, 2) rintangan atau latihan ‘ketahanan’, atau 3) latihan campuran, iaitu gabungan kardiorespiratori dan latihan rintangan.

Keputusan-keputusan utama

Kami menjumpai bahawa latihan kecergasan kardiorespiratori, terutamanya yang melibatkan berjalan, boleh meningkatkan keupayaan senaman dan berjalan selepas strok. Latihan campuran membaiki kebolehan berjalan dan meningkatkan imbangan. Namun, maklumat itu tidak mencukupi untuk membuat kesimpulan yang boleh dipercayai mengenai kesan latihan kecergasan dalam bidang lain seperti kualiti hidup, mood atau fungsi kognitif. Fungsi kognitif kurang dikaji walaupun ia adalah hasil kepentingan utama untuk mangsa strok. Tiada bukti yang menunjukkan pelbagai jenis latihan kecergasan menyebabkan kecederaan atau masalah kesihatan yang lain; senaman merupakan intervensi yang selamat. Kita memerlukan lebih banyak kajian untuk memeriksa faedah yang utama untuk mangsa-mangsa strok, khususnya untuk mereka yang mempunyai strok yang serius dan tidak dapat berjalan.

Kualiti bukti

Kajian mengenai latihan kecergasan adalah sukar untuk dijalankan. Ini bermaksud kebanyakan kajian adalah berkualiti rendah dan sederhana Walau bagaimanapun, beberapa penemuan yang konsisten didapati dalam kajian berbeza yang kesemuanya menunjukkan kesan yang sama

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noor Ayuni Ahmad Shafiai (UnIversiti Sains Malaysia. Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi noorayuni@usm.my

Tools
Information
Share/Save