Rawatan anti-radang dalam bentuk kortikosteroid dan imunoterapi untuk mengelakkan kerosakan jantung akibat demam reumatik

Ini adalah satu pengemaskinian daripada ulasan yang diterbitkan pada tahun 2003 dan sebelum ini dikemaskini pada tahun 2009 dan 2012. Untuk maklumat terkini ini, pencarian telah dijalankan semula pada 17 Oktober 2013, dan terdapat penemuan kajian-kajian baru. Demam reumatik adalah komplikasi lewat akibat jangkitan tekak oleh bakteria streptococcal. Ia adalah penyakit sistem imun yang boleh membawa kepada keradangan jantung (carditis), sendi, otak dan kulit. Carditis boleh menyebabkan kegagalan jantung dan kematian. Pelbagai ubat anti-radang telah digunakan untuk merawat carditis, termasuk kortikosteroid, aspirin dan imunoglobulin (terapi imun menggunakan antibodi). Tiada ujian baru yang telah dikenal pasti dalam kemas kini ini. Ulasan ini merangkumi 8 kajian dengan melibatkan 996 peserta. Bukti menunjukkan kortikosteroid adalah sedikit lebih berkesan daripada aspirin dalam mencegah penyakit jantung selepas satu tahun (6 kajian, 907 peserta, nisbah risiko 0.87, 95% selang keyakinan 0,66-1,15). Beberapa ejen steroid seperti corticptrophin, cortison, hydrocortisone dan dexamethasone dibandingkan dengan aspirin sebelum tahun 1966, dan prednisone dan imunoglobulin dibandingkan dengan plasebo dalam kajian, masing-masing dari tahun 1990 dan 2001. Kebanyakan kajian tidak melaporkan kesan buruk, tetapi kajian yang ada melaporkan kesan buruk, melaporkan komplikasi corticosteroid termasuk pertambahan berat badan, ciri-ciri wajah diperbesarkan dan jerawat. Ujian secara amnya adalah lama (6 daripada 8 ujian dibuat antara 1955 dan 1965), kecil dan tidak berkualiti dan mempunyai risiko tinggi berat sebelah. Atas sebab ini, keputusan harus ditafsirkan dengan berhati-hati.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting olehTuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my

Tools
Information