Ethosuximide, sodium valproate atau lamotrigine untuk sawan absens pada kanak-kanak dan remaja

Latar belakang

Epilepsi adalah penyakit yang menyebabkan kejang disebabkan oleh pelepasan elektrik yang abnormal dari otak. Absens epilepsi melibatkan sawan yang menyebabkan kehilangan kesedaran secara tiba-tiba. Ia sering bermula pada zaman kanak-kanak atau remaja. Tiga ubat antiepileptik sering digunakan untuk absens epilepsi: valproate, etosuximide dan lamotrigine.

Ulasan ini bertujuan untuk menentukan yang mana ketiga-tiga ubat antiepileptik ini adalah pilihan terbaik untuk merawat sawan absens di kalangan kanak-kanak dan remaja.

Keputusan

Ulasan itu menemui beberapa bukti (berdasarkan lapan kajian kecil) bahawa individu yang mengambil lamotrigine lebih cenderung bersifat bebas sawan daripada mereka yang menggunakan plasebo. Ulasan ini menemui bukti kukuh bahawa pesakit yang mengambil etosuximide atau valproate lebih cenderung menjadi bebas sawan daripada mereka yang menggunakan lamotrigine. Walau bagaimanapun, kerana risiko kesan buruk yang lebih rendah, penggunaan etosuximide lebih disukai berbanding dengan valproate pada pesakit yang tidak mempunyai epilepsi absens kanak-kanak.

Berhubung dengan kedua-dua keberkesanan dan tolerabiliti, etosuximide mewakili monoterapi empirikal awal yang optimum untuk kanak-kanak dan remaja dengan sawan absens.

Bukti adalah terkini sehingga Mei 2018.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (Hospital Serdang). Disunting oleh Teh Keng Hwang (Kolej Universiti Insaniah). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@hotmail.com.

Tools
Information
Share/Save