Akupunktur untuk palsi Bell

Palsi Bell atau palsi muka idiopatik adalah gangguan paling lazim yang mempengaruhi saraf muka dan mengakibatkan kelemahan atau lumpuh pada sebelah bahagian muka. Kelumpuhan tersebut menyebabkan wajah menjadi herot dan mengganggu fungsi normal, seperti menutup mata dan makan. Ia telah dikaitkan dengan keradangan saraf muka.

Menurut Perubatan Tradisional Cina, kelumpuhan muka ini dikenali sebagai 'mulut herot'. Ia disebabkan oleh 'angin' daripada dinasti-dinasti terdahulu. 'Qi' merujuk kepada unsur-unsur penting tubuh badan dan fungsi fisiologi viscera dan usus, saluran-saluran dan sampingan-sampingan lain. Ia mengekalkan aktiviti kehidupan dan mencerminkan ketahanan tubuh manusia. Kekurangan 'qi' membolehkan kemasukan angin patogen eksogenus. Akupunktur adalah sebahagian daripada perubatan tradisional Cina dan bermula sejak beribu-ribu tahun dahulu. Ia melibatkan proses mencucuk jarum yang halus pada titik tertentu pada kulit atau menggunakan pelbagai teknik lain ke titik akupuntur itu untuk menghasilkan kesembuhan. Dalam Palsi Bell, rawatan akupunktur mungkin mempunyai banyak kesan yang baik. Ulasan ini bertujuan mengulas secara sistematik semua kajian rawak terkawal dan kajian klinikal terkawal, yang menilai keberkesanan akupunktur secara memasukkan jarum bagi kes palsi Bell. Enam kajian melibatkan seramai 537 orang peserta memenuhi kriteria kemasukan. Lima kajian menggunakan akupunktur manakala yang satu lagi menggunakan akupunktur bersama ubat-ubatan. Tiada kajian yang melaporkan hasil-hasil seperti yang ditetapkan dalam ulasan ini. Kesan sampingan berbahaya tidak dilaporkan dalam mana-mana kajian. Kualiti yang rendah disebabkan oleh kelemahan dalam reka bentuk kajian atau laporan (termasuk kaedah perawakan yang tidak ditetapkan, penentuan alokasi dan penyembunyian maklumat pesakit) dan perbezaan klinikal antara kajian, telah menghalang kesimpulan yang boleh dipercayai mengenai keberkesanan rawatan akupunktur. Lebih banyak penyelidikan dengan ujian berkualiti tinggi diperlukan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Irfan Mohamad (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi irfankb@usm.my

Tools
Information