Pendidikan antenatal individu atau berkumpulan untuk bersalin atau keibubapaan, atau kedua-duanya.

Manfaat pendidikan antenatal untuk bersalin, dan pendekatan-pendekatan pendidikan terbaik untuk digunakan masih tidak jelas.

Pendidikan antenatal bermatlamat untuk membantu bakal ibu-bapa bersedia untuk bersalin dan keibubapaan. Bakal ibubapa sering merujuk kepada pendidikan antenatal untuk mendapat informasi penting mengenai isu-isu seperti membuat keputusan mengenai dan ketika pelahiran, kemahiran untuk pelahiran , melegakan kesakitan, bayi and penjagaan postnatal, penyusuan susu ibu and kemahiran keibubapaan. Terdapat pelbagai cara yang berbeza untuk memberikan pendidikan antenatal ini dan beberapa cara mungkin lebih berkesan daripada yang lain. Ulasan ini mendapati sembilan kajian melibatkan 2284 wanita. Intervensi-intervensi adalah sangat berbeza dan tiada hasil yang konsisten telah diukur. Ulasan kajian-kajian mendapati kekurangan bukti berkualiti tinggi daripada kajian-kajian maka kesan-kesan pendidikan antenatal sebahagian besarnya kekal tidak diketahui. Penyelidikan lanjut diperlukan untuk memastikan keberkesanan cara-cara untuk membantu para profesional kesihatan menyokong wanita hamil dan pasangan mereka dalam persediaan untuk kelahiran dan keibubapaan disiasat agar sumber-sumber yang digunakan memenuhi keperluan ibu bapa dan bayi-bayi baharu lahir mereka.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Rosediani Muhamad (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi drrosediani@gmail.com

Tools
Information
Share/Save