Kesan ubat imunosupresif cyclophosphamide di kalangan pesakit dengan “multiple sclerosis” (MS).

“Multiple sclerosis” (MS) ialah penyakit sistem saraf kronik yang mempengaruhi orang muda dan pertengahan umur. MS sepatutnya ada kaitan dengan sistem imun. CFX adalah satu ubat imunosupresif yang digunakan untuk pelbagai penyakit autoimun. Oleh kerana kegunaannya untuk MS adalah kontroversi, pengarang ulasan ini bertujuan untuk menilai keberkesanan CFX untuk pesakit dengan MS progresif. Antara sastera yang kerkenaan, hanya lima kajian yang memenuhi kriteria kemasukan yang mempunyai kualiti metodologi minimum, dengan sejumlah 90 pesakit-pesakit MS yang dirawat dengan CFX.
Data yang sedia ada tidak mencukupi untuk mencapai objektif-objektif yang ditentukan untuk ulasan ini. Pengarang mendapati bukti yang lemah bahawa CFX boleh melambatkan perkembangan dalam jangka sederhana. Mereka juga mendapati bahawa kesan sampingan seperti keguguran rambut, loya, muntah dan gangguan haid (amenorrhea) berlaku pada frekuensi tinggi, manakala beberapa bukti mungkin mencadangkan kesan buruk boleh berlangsung selepas dua tahun.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Lai Nai Ming, School of Medicine, Taylor’s University, Malaysia. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan sila hubungi loketimkhaw@imu.edu.my

Tools
Information