Strategi susulan bagi peserta yang dirawat untuk kanser kolorektal bukan metastatik

Terjemahan ini tidak kemaskini. Sila klik di sini untuk melihat versi Bahasa Inggeris terbaru Ulasan Sistematik ini.

Apakah isunya?

Kanser kolorektal mempengaruhi lebih kurang 1 dalam 20 orang di negara-negara maju. Kebanyakan pesakit (lebih kurang dua pertiga) mempunyai penyakit yang boleh disembuhkan. Susulan selepas rawatan kuratif biasanya bermaksud lawatan ke doktor dan juga menjalani ujian-ujian tertentu. Ramai orang percaya bahawa susulan dapat menyelamatkan nyawa, tetapi kami tidak pasti berapa kerap pesakit harus berjumpa doktor serta ujian apa yang patut diberi dan bila perlu diberi.

Mengapakah ini penting?

Susulan adalah mahal, boleh menyebabkan keresahan pesakit di sekitar masa lawatan mereka, dan juga boleh menyusahkan. Ujian-ujian adalah mahal dan boleh memberi kesan sampingan. Jika ujian mendapati kanser berulang dalam seseorang yang berasa sihat tetapi rawatan tidak dapat menyembuhkan mereka, mencari kanser berulang mungkin tidak memanfaatkannya atau keluarganya.

Kami bertanya...

Kami bertanya jika susulan (iaitu ujian dan lawatan ke doktor) selepas kanser kolorektal telah sembuh membantu. Kami melihat pelbagai jenis susulan: beberapa berbanding tiada susulan; lebih banyak ujian berbanding sedikit ujian; dan susulan yang dilakukan oleh pakar bedah, pengamal perubatan umum (GP), atau jururawat.

Kami mendapati...

Kami mendapati 15 kajian yang memasukkan 5403 peserta. Kami mendapati susulan tidak memperbaiki survival (bukti berkualiti tinggi), survival kanser kolorektal spesifik (bukti berkualiti sederhana), ataupun survival bebas-relaps (bukti berkualiti sederhana). Jika pesakit menerima susulan, mereka lebih cenderung untuk pembedahan jika kanser dikesan semula (bukti berkualiti tinggi). Dengan susulan, lebih kanser relaps "senyap" asimptomatik cenderung dikesan pada lawatan terancang (bukti berkualiti sederhana). Kemudaratan daripada ujian-ujian adalah tidak lazim, tetapi hanya dua kajian yang melaporkannya (bukti berkualiti sederhana). Kami mendapati data yang sangat sedikit mengenai kualiti hidup atau kos.

Ini bermakna...

Maklumat yang ada sekarang mencadangkan intensifikasi susulan sedikit bermanfaat, tetapi bukti tentang kualiti hidup, kemudaratan dan kos juga terhad. Kami tidak tahu apakah cara terbaik untuk menyusul pesakit kanser kolorektal bukan metastatik yang dirawat , ataupun jika harus disusul atau tidak. Kami tidak banyak tahu tentang kos susulan di dalam persekitaran ini. Walau bagaimanapun, kami mendapati empat kajian yang sedang berlangsung (yang mengambil 4801 orang peserta lagi); kajian-kajian tersebut akan melihat kualiti hidup, kemudaratan dan kos, dan mungkin akan menambah kefahaman tentang program susulan yang terbaik. Keperluan dan kebimbangan pengguna tentang nilai susulan memerlukan penyelidikan lanjutan.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Tan Shing Cheng (Universiti Kebangsaan Malaysia). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi sctan@ukm.edu.my.

Share/Save