Fototerapi 'fibreoptic' untuk jaundis neonatal

Fototerapi 'fibreoptic' tunggal adalah kurang berkesan untuk merawat jaundis neonatal berbanding fototerapi konvensional, kecuali dalam bayi pramatang dimana ianya adalah sama berkesan. Bayi baru lahir biasanya mendapat jaundis. Ianya memerlukan perhatian sebab serum bilirubin tak berkonjugat boleh mencederakan otak yang sedang membesar. Sejak 1960an, jaundis telah dirawatkan dengan fototerapi, dimana bayi-bayi perlu ditelanjangkan dalam katil bayi dengan mata mereka ditutupkan . Fototerapi 'fibreoptic' adalah sejenis fototerapi baru dimana cahaya disinarkan secara langsung ke atas kulit bayi melalui serat-serat optikal dan membenarkan bayi dirawat dengan berpakaian dan berdekatan dengan ibubapa mereka. Kajian semula ini menunjukkan yang fototerapi 'fibreoptic' adalah kurang berkesan berbanding dengan fototerapi konvensional, kecuali bayi pramatang dimana ianya sama-sama bekesan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Foo Sook Lee (Penang Medical College). Disunting oleh Tan May Loong (Penang Medical College). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi fslee@pmc.edu.my.

Tools
Information
Share/Save