Rawatan kortikosteroid untuk kanak-kanak dengan sindrom nefrotik

Apakah isunya?

Sindrom nefrotik ialah satu keadaan di mana buah pinggang membocorkan protein dari darah ke dalam air kencing. Apabila tidak dirawat, kanak-kanak boleh mengalami jangkitan serius. Pada kebanyakan kanak-kanak dengan sindrom nefrotik, kebocoran protein ini dapat diselesaikan dengan ubat kortikosteroid (prednisone, prednisolone) berkesan untuk mengurangkan risiko jangkitan yang serius. Namun demikian, kanak-kanak biasanya akan mempunyai episod berulang, yang selalunya dicetuskan oleh jangkitan virus. Ubat kortikosteroid boleh memberi kesan sampingan yang serius pada kanak-kanak sehingga kita perlu mengetahui cara terbaik untuk menggunakannya.

Apakah yang telah kami lakukan?

Kami telah melihat bukti dari 48 kajian yang mendaftar 3941 orang kanak-kanak. Empat belas kajian, kanak-kanak dengan sindrom nefrotik episod pertama , telah dinilai dengan prednisone untuk dua atau tiga bulan berbanding dengan tempoh yang lebih lama. Tiga belas kajian menilai regimen kortikosteroid yang berlainan pada kalangan kanak-kanak dengan penyakit yang sering berulang(FRNS). Kajian-kajian adalah berlainan dari segi kualiti dengan kira-kira separuh daripada kajian sahaja yang rendah risiko menghasilkan keputusan yang berat sebelah..

Apakah yang telah kami dapati?

Dalam kajian berkualiti tinggi, tidak ada perbezaan dalam risiko berulang atau jumlah anak yang sering berulang antara jangka panjang (tiga hingga tujuh bulan) dan jangka masa yang lebih pendek (dua hingga tiga bulan) prednison (bukti kepastian tinggi). Pemberian prednison setiap hari dan bukannya berselang semasa jangkitan virus boleh mengurangkan bilangan anak yang berulang dengan jangkitan. Dua kajian yang sangat kecil menunjukkan bahawa dos prednison yang lebih rendah dapat digunakan untuk mencapai dan mengekalkan pengurangan.

Kesimpulan

Kanak-kanak dengan episod pertama sindrom nefrotik hanya memerlukan prednison dua atau tiga bulan kerana tempuh yang lebih lama tidak mengurangkan risiko berulang atau mengurangkan risiko berulang. Kami memerlukan lebih banyak maklumat untuk menentukan sama ada pemberian prednison setiap hari semasa jangkitan mengurangkan risiko berulang. Kami memerlukan kajian besar untuk menentukan sama ada kami boleh menggunakan dos prednison yang lebih rendah untuk merawat kanak-kanak dengan sindrom nefrotik berulang.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Julie Yeo (Taylor's University, Malaysia), Disunting oleh Teh Keng Hwang (Kolej Universiti Insaniah). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan dengan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information