Langkau ke kandungan utama

Keputusan pesakit membantu orang membuat keputusan tentang rawatan atau saringan kesihatan

Soalan ulasan

Adakah berkesan/bermanfaat bantuan membuat keputusan untuk dewasa membuat keputusan tentang rawatan atau saringan kesihatan?

Mesej utama

- Bantuan pesakit membuat keputusan ialah risalah atau video yang diguna secara peribadi atau dalam talian. Ia mengenal pasti dengan jelas keputusan penjagaan kesihatan yang perlu dibuat, memberi maklumat tentang opsyen (manfaat dan mudarat), dan membantu orang menjelaskan perkara yang paling penting bagi mereka. Bantuan keputusan direka untuk meningkatkan dan menambah perundingan dengan klinisian, bukan untuk menggantikannya.

- Lebih 200 kajian menunjukkan bantuan keputusan pesakit membantu dewasa lebih terlibat dalam membuat keputusan kesihatan dengan meningkatkan pengetahuan dan jangkaan manfaat dan mudarat, serta memilih opsyen yang mencerminkan perkara yang paling penting bagi mereka.

- Tiada kesan tidak diingini untuk dewasa yang menggunakan bantuan keputusan pesakit .

Apakah bantuan keputusan pesakit ?

Bantuan keputusan pesakit boleh membantu membimbing orang membuat keputusan apabila terdapat lebih daripada satu opsyen, termasuk status quo (tiada perubahan). Ia adalah risalah, video atau sumber berasaskan web yang menyatakan keputusan, menerangkan opsyen dan membantu orang berfikir tentang ciri opsyen yang paling penting bagi mereka (ciri mana yang paling penting). Penjagaan biasa didefinisi sebagai maklumat am, penilaian risiko , ringkasan garis panduan amalan klinikal untuk konsumer kesihatan, intervensi plasebo (misalnya maklumat tentang topik lain), atau tiada intervensi.

Apakah yang kami ingin tahu?

Kami ingin tahu jika bantuan keputusan yang diguna oleh pesakit yang perlu membuat keputusan rawatan kesihatan atau saringan adalah lebih baik daripada penjagaan biasa untuk memilih opsyen yang mencerminkan perkara yang paling penting bagi mereka. Kami juga ingin tahu jika bantuan keputusan pesakit dikaitkan dengan sebarang kesan tidak diingini.

Apakah yang kami lakukan?

Kami mengemas kini ulasan Cochrane terdahulu yang pertama diterbitkan pada 2003 dan kemudian dikemas kini pada 2017. Carian kami menyertakan kajian-kajian yang membandingkan bantuan keputusan pesakit dengan penjagaan biasa dalam kalangan dewasa yang perlu membuat keputusan kesihatan untuk diri mereka sendiri atau ahli keluarga. Penjagaan biasa mungkin maklumat am pesakit atau tiada. Kami bandingkan dan rumuskan keputusan-keputusan kajian, dan menilai keyakinan terhadap kepastian bukti.

Apakah yang kami temui?

Kami temui 209 kajian melibatkan 107,698 orang dewasa. Bantuan keputusan pesakit tertumpu kepada 71 keputusan berbeza . Keputusan lazim adalah tentang: pembedahan, saringan (misalnya kanser prostat , kanser kolon , pranatal), ujian genetik, dan rawatan ubat jangka panjang (seperti suntikan insulin untuk diabetes, atau statin untuk kolesterol tinggi).

Kami sederhana yakin dewasa yang diberi bantuan keputusan pesakit lebih cenderung untuk memilih opsyen yang mencerminkan ciri pilihan yang paling penting bagi mereka. Keyakinan kami terhadap bukti hanya sederhana kerana kajian-kajian yang menyediakan hasil untuk ulasan kami hanya mewakili satu set kecil kajian yang menilai bantuan keputusan pesakit . Kami yakin apabila dewasa menggunakan bantuan keputusan pesakit, mereka mendapat peningkatan besar dalam pengetahuan, jangkaan manfaat dan mudarat, dan penyertaan dalam membuat keputusan. Kami juga yakin mereka berasa lebih maklum dan lebih jelas tentang perkara yang paling penting bagi mereka. Kami yakin bantuan keputusan pesakit tidak mengakibatkan sebarang kesan tidak diingini seperti kekesalan terhadap keputusan tersebut.

Apakah batasan bukti?

Penyelidikan lanjut boleh mengukuhkan keyakinan terhadap bukti untuk memilih opsyen yang mencerminkan ciri pilihan yang paling penting kepada orang.

Adakah bukti ini mutakhir?

Ulasan ini mengemaskini ulasan terdahulu yang diterbitkan pada 2017. Bukti ini adalah terkini sehingga Mac 2022.

Nota terjemahan

Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemah oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Universiti Manipal Malaysial). Disunting oleh Lai Nai Ming, School of Medicine, Taylor’s University, Malaysia.

Petikan
Stacey D, Lewis KB, Smith M, Carley M, Volk R, Douglas EE, Pacheco-Brousseau L, Finderup J, Gunderson J, Barry MJ, Bennett CL, Bravo P, Steffensen K, Gogovor A, Graham ID, Kelly SE, Légaré F, Sondergaard H, Thomson R, Trenaman L, Trevena L. Decision aids for people facing health treatment or screening decisions. Cochrane Database of Systematic Reviews 2024, Issue 1. Art. No.: CD001431. DOI: 10.1002/14651858.CD001431.pub6.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan