Pembedahan untuk luka serviks pra-kanser (neoplasia intraepithelial serviks) sering menyebabkan pendarahan yang signifikan semasa pembedahan atau dalam masa 14 hari. Ulasan ini mendapati bahawa teknik pembedahan yang baik dapat mengurangkan kehilangan darah dengan serta merta dan pendarahan juga dapat dikurangkan dengan beberapa ubat. Vasopressin dapat mengurangkan pengaliran darah dengan menyempitkan saluran darah. Asid tranexamic dapat mengurangkan kehilangan darah setelah biopsi pisau dan kon laser. Jahitan juga dapat mengurangkan kehilangan darah tetapi kemudiannya boleh mengganggu pemeriksaan visual serviks.
Diterjemahkan oleh Mohamad Masykurin Mafauzy (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Mohd Shaharudin Shah Che Hamzah (USM). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my