Kemoterapi berasaskan paltinum menunjukkan manfaat yang kecil berbanding kemoterapi yang tidak berasaskan platinum untuk kaser ovari peringkat lewat. Ujian paclitaxel tidak dikaji semula.

Kanser ovari adalah kanser yang ketujuh paling lazim di kalangan wanita di dunia. Ubatan tunggal atau kemoterapi gabungan digunakan secara rutin bagi merawat penyakit ini. Ulasan ini mendapati kemoterapi berasaskan platinum hanya memberikan manfaat yang kecil berbanding kemoterapi yang tidak berasaskan platinum. Ulasan ini juga mendapati bahawa gabungan platinum memberikan kelangsungan hidup yang lebih baik berbanding platinum tunggal, dan penggunaan cisplatin dan carboplatin adalah sama-sama berkesan. Ujian yang dilakukan semasa paclitaxel (ubatan baru yang berkesan) tidak digunakan secara rutin. Oleh itu, hasil ulasan ini perlu dilihat dengan mengambil kira bukti terkini daripada ujian-ujian menggunakan paclitaxel.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Faliq Adeeba Wan Ibrahim (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Sharifah Halimah Jaafar (Regency Specialist Hosp Sdn Bhd, JB). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan sila hubungi faliq.adeeba@gmail.com

Tools
Information
Share/Save