Surfaktan sintetik untuk 'respiratory distress syndrome' di kalangan bayi pramatang.

Surfaktan sintetik adalah berkesan dalam mengurangkan 'respiratory distress syndrome' di kalangan bayi pramatang. Surfaktan pulmonari adalah bahan yang mencegah pundi-pundi udara dalam paru-paru daripada 'runtuh' dengan mengurangkan ketegangan permukaan. Kekadang bahan ini tidak didapati dalam paru-paru yang belum matang dan menyebabkan 'respiratory distress syndrome' (RDS). Surfaktan sintetik telah dihasilkan dan boleh digunakan untuk bayi yang dilahirkan pramatang (sebelum 34 minggu) dengan RDS. Ulasan kajian-kajian mendapati bukti yang sufaktan sintetik berkesan untuk bayi dengan RDS. Surfaktan sintetik mengurangkan risiko pneumothorax (udara dalam kaviti paru-paru) dan kematian. Saru-satunya kesan buruk yang didapati ialah peningkatan risiko hemoraj paru-paru (perdarahan dalam paru-paru), yang kelihatan samada dengan penggunaan surfaktan sintetik atau asli.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Foo Sook Lee (Penang Medical College). Disunting oleh Tan May Loong (Penang Medical College). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi fslee@pmc.edu.my. 

Tools
Information