Langkau ke kandungan utama

Memberi terapi penyelenggaraan magnesium untuk mencegah kelahiran preterm selepas menghentikan kelahiran preterm terancam

Magnesium tidak mengurangkan kelahiran preterm atau meningkatkan hasil rawatan keatas bayi apabila diberikan kepada wanita selepas kontraksi kelahiran preterm telah dihentikan.

Bayi yang lahir preterm, sebelum 37 minggu kehamilan, mungkin tidak dapat hidup atau mereka mungkin mengalami masalah kesihatan dan perkembangan fizikal kemudian jika mereka masih hidup. Wanita yang kelahiran preterm dihentikan dengan terapi tocolitik (ubat yang mengurangkan kontraksi rahim) tetap berisiko tinggi untuk kelahiran preterm. Pelbagai agen (tocolitik) digunakan untuk menghentikan kontraksi rahim. Ini termasuk betamimetik, penghalang saluran kalsium, magnesium sulfat dan antagonis reseptor oxytocin. Ubat-ubatan penyelenggaraan tocolitik berikutnya telah disokong. Magnesium secara lisan dan intravena telah digunakan untuk menghalang kontraksi awal.

Kami termasuk empat kajian terkawal rawak yang melibatkan sejumlah 422 wanita dalam kajian ini. Percubaan ini tidak menunjukkan sebarang perbezaan antara terapi penyelenggaraan magnesium dan plasebo atau rawatan lain (ritodrine atau terbutaline) dalam pencegahan kelahiran preterm atau kematian perinatal. Percubaan terlalu kecil untuk mengecualikan sama ada manfaat penting ataupun kemudaratan dari terapi penyelenggaraan magnesium. Magnesium adalah kurang berkemungkinan daripada tocolitik alternatif (betamimetics) untuk mengakibatkan kesan sampingan, terutamanya berdebar-debar atau takikardia, walaupun lebih cenderung untuk cirit-birit. Penemuan ini berdasarkan kajian yang sedikit dan berkualiti rendah, dan tiada sebarang kajian pun yang melihat pembangunan bayi kemudian.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting olehTeh Keng Hwang (Kolej Universiti Insaniah). Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my

Petikan
Han S, Crowther CA, Moore V. Magnesium maintenance therapy for preventing preterm birth after threatened preterm labour. Cochrane Database of Systematic Reviews 2022, Issue 3. Art. No.: CD000940. DOI: 10.1002/14651858.CD000940.pub3.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan