Kami telah mengulas bukti tentang manfaat dan kemudaratan balneoterapi (air mineral semula jadi, gas, dan pembalut lumpur atau terapi spa) dalam pesakit artritis reumatoid. Balneoterapi didefinisikan sebagai mandian di dalam air mineral atau air termal semula jadi (contohnya, mandian mineral, mandian sulfur, mandian Laut Mati), menggunakan pembalut lumpur, atau melakukan kedua-duanya. Setelah mencari semua kajian yang berkaitan sehingga Disember 2014, kami menemui sembilan kajian yang melibatkan 579 orang. Kualiti bukti adalah sangat rendah, terutamanya disebabkan oleh bilangan peserta yang sedikit dalam kajian-kajian tersebut dan kebimbangan mengenai reka bentuk kajian.
Ulasan ini menunjukkan bahawa pesakit artritis reumatoid:
• kami tidak pasti sama ada pembalut lumpur (balneoterapi) dapat mengurangkan kesakitan, kesejahteraan keseluruhan dan sendi bengkak berbanding dengan plasebo (rawatan palsu) dalam pesakit dengan RA tangan. Pembalut lumpur mungkin dapat mengurangkan sedikit kesakitan sendi berbanding dengan plasebo, tetapi maklumat tentang keupayaan fizikal dan peristiwa buruk tidak dilaporkan dalam kajian tersebut.
• menambah radon ke mandian karbon dioksida tidak menambah baik intensiti kesakitan pada bulan ketiga tetapi mungkin meningkatkan kesejahteraan keseluruhan dan menambah baik intensiti kesakitan pada bulan keenam berbanding dengan mandian karbon dioksida tanpa radon, tetapi ia mungkin berlaku secara kebetulan. Maklumat mengenai kecacatan fizikal, kesakitan dan sendi bengkak dan peristiwa buruk tidak dilaporkan dalam kajian-kajian tersebut.
• kami tidak pasti sama ada balneoterapi (rendaman duduk) menambah baik kesakitan dan fungsi fizikal berbanding dengan hidroterapi, senaman atau relaksasi. Peningkatan, sakit sendi, sendi bengkak dan peristiwa buruk tidak dilaporkan dalam kajian ini.
• kami tidak pasti sama ada mandi dalam mandian mineral (balneoterapi) menambah baikkan kesakitan dan sendi bengkak berbanding dengan penggunaan sejenis ubat (Cyclosporin A). Mandian mineral boleh meningkatkan kesejahteraan keseluruhan berbanding dengan Cyclosporin A, dan Cyclosporin A mungkin menambah baikkan bilangan kesakitan sendi berbanding dengan mandian mineral. Kecacatan fizikal dan peristiwa buruk tidak dilaporkan.
• kami tidak mempunyai maklumat yang tepat tentang kesan-kesan sampingan dan komplikasi balneoterapi. Hal ini betul terutamanya untuk kesan-kesan sampingan yang jarang berlaku. Kesan-kesan sampingan mungkin melibatkan ruam kulit, jangkitan dan kemalangan, sebagai contohnya, tergelincir pada permukaan berhampiran dengan kawasan mandi. Hanya satu kajian yang telah melaporkan kesan-kesan sampingan yang menyatakan bahawa mereka tidak menemui apa-apa.
Apakah artritis reumatoid dan apakah balneoterapi?
Semasa anda menghidap artritis reumatoid (RA), sistem imun anda, yang biasanya melawan jangkitan, meradang lapisan sendi anda, yang menjadikannya sakit, kaku dan bengkak. Sendi-sendi kecil pada tangan dan tapak kaki biasanya terjejas dahulu. Tiada ubat untuk RA yang dikenal pasti buat masa kini, jadi rawatan bertujuan untuk menghilangkan kesakitan dan kekakuan sambil meningkatkan keupayaan anda untuk bergerak.
Balneoterapi (mandi di dalam air) adalah sejenis terapi yang bertujuan untuk mengurangkan kesakitan dan meningkatkan fungsi harian. Balneoterapi kerap dilakukan di pusat dengan mandian termal atau mandian air laut.
Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemah oleh Kuan Pei Xuan (Institute for Clinical Research). Disunting oleh Mohamad Masykurin Mafauzy (Universiti Sains Malaysia).