Magnesium sulfat dan antikonvulsan lain untuk wanita dengan pra-eklampsia

Magnesium sulfat membantu menghalang sawan eklamptik di kalangan wanita hamil dengan pra-eklampsia ('toksemia').

Ada wanita yang mengalami tekanan darah tinggi dengan protein dalam air kencing mereka semasa mengandung (pra-eklampsia atau 'toksemia'). Kebanyakan wanita dengan pra-eklampsia melahirkan bayi tanpa sebarang masalah. Walau bagaimanapun, pra-eklampsia yang teruk boleh menyebabkan masalah seperti strok, kegagalan buah pinggang, kegagalan hati dan pembekuan darah. Beberapa wanita mempunyai sawan (eklampsia). Masalah-masalah ini boleh membawa kepada bayi yang dilahirkan terlalu kecil atau terlalu awal. Jika seseorang wanita mempunyai eklampsia, kedua-dua beliau dan bayi akan menghadapi risiko kematian yang tinggi. Eklampsia adalah paling biasa di negara berpendapatan rendah dan sederhana.

Ulasan daripada 15 kajian menunjukkan bahawa magnesium sulfat mengurangkan bilangan wanita yang menghidap eklampsia, tetapi tidak meningkatkan kesihatan bayi. Magnesium sulfat mempunyai kesan sampingan bagi ibu, kebanyakannya kemerahan pada kulit. Susulan terhadap wanita dan kanak-kanak adalah untuk menenangkan bahawa tiada kesan buruk di kemudian hari.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Ahmad Filza Ismail (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my

Tools
Information
Share/Save