Antibiotik untuk mengurangkan kematian dan jangkitan saluran pernafasan di kalangan orang yang menerima rawatan intensif di hospital

Jangkitan yang diperolehi di unit rawatan intensif (ICUs) adalah komplikasi penting dalam rawatan pesakit dengan penyakit yang sangat teruk yang memerlukan ventilasi (sokongan pernafasan mekanikal). Sesetengah orang akan mati kerana jangkitan ini. Banyak usaha telah dilakukan untuk menilai kaedah-kaedah untuk menangani masalah ini; salah satunya melibatkan penggunaan antibiotik yang diberikan sebagai pencegahan, biasanya dipanggil sebagai dekontaminasi selektif saluran pencernaan (SDD). Ulasan ini merangkumi 36 kajian yang melibatkan 6914 pesakit yang dirawat di ICU untuk menyiasat sama ada pemberian antibiotik akan menghalang perkembangan jangkitan. Antibiotik diberikan melalui dua cara yang berbeza. Dalam beberapa kajian, antibiotik digunakan secara langsung ke orofarynx melalui tiub nasogastrik (topikal) dan intravena (sistemik). Dalam kajian lain, antibiotik hanya digunakan secara topikal. Keputusan kajian kami menunjukkan bahawa terdapat pengurangan jangkitan dan kematian apabila pesakit menerima kombinasi antibiotik topikal dan sistemik. Apabila pesakit menerima rawatan topikal sahaja, kadar jangkitan berkurang tetapi jumlah kematian tidak berubah. Walaupun rawatan ini dinampak berkesan, tetapi ia tidak dilaksanakn secara meluas kerana terdapat kebimbangan mengenai kemungkinan perkembangan rintangan antibiotik (iaitu, antibiotik tidak berkesan terhadap bakteria).

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Lee Pei Yee (International Medical University). Disunting oleh Ernie Yap Sze Wei. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi peiyee95@hotmail.com.

Tools
Information
Share/Save