Apakah tujuan ulasan ini?
Tujuan ulasan Cochrane ini adalah untuk mengetahui sama ada penjagaan kesihatan hospital di rumah penghindaran kemasukan hospital dapat memperbaiki hasil kesihatan pesakit dan mengurangkan kos kepada perkhidmatan kesihatan.
Mesej-mesej utama
Hospital di rumah penghindaran kemasukan hospital mungkin mempunyai sedikit atau tiada perbezaan terhadap hasil kesihatan pesakit, boleh meningkatkan peluang untuk tinggal di rumah pada tempoh enam bulan susulan, dan mungkin lebih murah sedikit. Tetapi, penemuan ini adalah tidak tepat kerana saiz kajian kecil yang termasuk dalam ulasan ini.
Apakah yang dikaji dalam ulasan ini?
Terdapat permintaan yang lebih banyak untuk katil hospital akut daripada ada katil. Salah satu cara untuk mengurangkan kebergantungan pada katil hospital adalah dengan menyediakan penjagaan kesihatan akut di rumah, kadang-kadang dipanggil sebagai 'hospital di rumah'. Kami mengkaji secara sistematik kesusasteraan mengenai kesan menyediakan hospital di rumah untuk mengelak kemasukan hospital untuk orang dewasa.
Apakah hasil utama ulasan ini?
Hospital di rumah penghindaran kemasukan hospital, dengan pilihan pemindahan ke hospital, mungkin boleh memberi alternatif yang berkesan kepada penjagaan pesakit dalam bagi kumpulan pesakit tua yang terpilih yang memerlukan kemasukan ke hospital. Kami mendapati 16 kajian, yang mana enam telah dikenal pasti untuk kemas kini ini. Tiga kajian merekrut peserta dengan penyakit obstruktif kronik (paru-paru), dua peserta yang direkrut pulih dari strok, enam peserta yang direkrut dengan keadaan perubatan (tiba-tiba atau jangka pendek) yang kebanyakannya warga tua, dan kajian-kajian lain yang merekrut peserta dengan campuran keadaan. Kajian menunjukkan bahawa jika dibandingkan dengan penjagaan di hospital, perkhidmatan hospital di rumah penghindaran kemasukan hospital mungkin sedikit atau tidak ada perbezaan kepada hasil kesihatan pesakit atau kemungkinan dibawa ke hospital, dan mungkin boleh meningkatkan peluang untuk tinggal di rumah pada tempoh enam bulan susulan. Pesakit yang mendapat penjagaan di rumah mungkin lebih berpuas hati daripada mereka yang berada di hospital, tetapi tidak diketahui bagaimana jenis penjagaan kesihatan ini memberi kesan kepada penjaga pesakit. Berkenaan dengan kos, ia adalah tidak pasti bahawa perkhidmatan hospital di rumah mengurangkan atau meningkatkan tempoh tinggal atau kos kepada perkhidmatan kesihatan; apabila kos untuk penjaga diambil kira, perbezaan kos mungkin akan hilang.
Adakah ulasan ini terkini?
Penulis ulasan mencari kajian yang diterbitkan sehingga Mac 2016.
Diterjemahkan oleh Lee Pei Yee (International Medical University). Disunting oleh Lai Nai Ming, School of Medicine, Taylor’s University, Malaysia. Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi peiyee95@hotmail.com.