Libatkan diri dalam penterjemahan Bahasa Malaysia

Cochrane.org diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia oleh Cochrane Malaysia dengan bantuan sukarelawan.

Kami menterjemahkan ringkasan Cochrane Bahasa Malaysia yang baru dan dikemaskini dan penting dalam penjagaan kesihatan di Malaysia. Keutamaan terjemahan kami termasuk artikel kajian Cochrane yang paling banyak dicapai oleh pembaca Malaysia, dan artikel kajian yang terpilih di Perpustakaan Cochrane. Sila ambil perhatian bahawa kami tidak menterjemahkan semua ringkasan Cochrane, kerana kapasiti kami yang terhad. Sila juga ambil perhatian bahawa anda masih boleh terjumpa beberapa teks bahasa Inggeris di laman web kami.

Jika anda ingin melibatkan diri sebagai penterjemah atau penyunting sukarela sila daftarkan diri anda melalui http://join.cochrane.org/what-you-can-do/translate;  Jika anda memerlukan maklumat lanjutan sila hubungi Dr. Teguh Haryo Sasongko (tghsasongko@gmail.com; teguhharyo@imu.edu.my) atau Ms. Nila Pillai (nila@pmc.edu.my). Sila semak Cochrane Malaysia Facebook

Kami berterima kasih kepada pihak penaja dan penyokong kami, The Cochrane Collaboration dan Penang Medical College untuk bantuan kewangan, Pusat Pengajian Sains Perubatan Universiti Sains Malaysia untuk kepimpinan dalam projek ini dan pusat-pusat lain dalam rangkaian Cochrane Malaysia di atas sokongan mereka dalam merekrut penterjemah dan penyunting sukarela.

 

Penang Medical College
Penang Medical College
Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia
Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia
Melaka Manipal Medical College
Melaka Manipal Medical College
Universiti Malaya, Julius Centre
Universiti Malaya, Julius Centre
Institut Penyelidikan Perubatan, Malaysia
Institut Penyelidikan Perubatan, Malaysia
Berkongsi/Menyimpan