Langkau ke kandungan utama

Likopena untuk pencegahan kanser prostat

Kanser prostat adalah satu bentuk kanser yang biasa melibatkan lelaki di seluruh dunia. Intervensi farmaseutikal, seperti perencat 5-alpha reductase, telah dikenal pasti berpotensi untuk menghalang kejadian kanser prostat pada lelaki. Ramai lelaki mengubahsuai gaya hidup dan mengambil ubat komplementari dan alternatif untuk mengekalkan kesihatan yang baik dan mencegah penyakit. Likopena adalah sejenis supplemen yang dicadangkan untuk membantu dalam pencegahan kanser prostat yang disebabkan oleh kesan antioksida. Sistematik ulasan ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan likopena dalam aspek pencegahan kanser prostat. Ulasan ini telah mengenalpasti 3 kajian yang relevan, yang merangkumi sejumlah 154 peserta. Dua kajian telah dinilai sebagai risiko berat sebelah yang tinggi Meta-analisis dalam dua kajian menunjukkan tiada perbezaan statistik dalam tahap antigen prostat khusus di antara lelaki yang rawak untuk menerima likopena dan kumpulan perbandingan (MD -0.34, 95% CI -2.01 hingga 1.32). Tiada satu pun kajian yang menilai kematian kanser prostat. Tiada meta-analisis lain yang berkemungkinan kerana hasil lain yang dinilai hanya mempunyai satu kajian yang menyumbang data.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Petikan
Ilic D, Forbes KM, Hassed C. Lycopene for the prevention of prostate cancer. Cochrane Database of Systematic Reviews 2011, Issue 11. Art. No.: CD008007. DOI: 10.1002/14651858.CD008007.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan