Langkau ke kandungan utama

Tiada bukti asid folik bersama ataupun tanpa vitamin B12 dapat meningkatkan fungsi kognitif golongan tua yang tidak dipilih yang mempunyai ataupun tidak mempunyai demensia. Suplemen jangka panjang mungkin memberi manfaat ke atas fungsi kognitif golonga...

Dalam dunia berekonomi maju, kekurangan folat merupakan salah satu kekurangan vitamin yang lazim. Beberapa laporan mencadangkan prevalen yang lebih tinggi bagi pelbagai gangguan psikiatri dalam golongan orang tua yang kekurangan folat. Terdapat minat dalam menentukan samada suplemen diet asid folik (sejenis analog kimia tiruan folat semulajadi) dapat meningkatkan fungsi kognitif golongan berisiko untuk mendapat penurunan kognitif yang berkait dengan penuaan ataupun demensia, samada melalui penjejasan ke atas metabolisme homosistin (homocysteine) atau melalui mekanisme lain. Lapan kajian telah memenuhi kriteria kemasukan. Penyatuan data tidak dapat dilakukan kerana kajian-kajian tersebut telah menggunakan populasi yang berbeza, menguji asid folik dalam dos yang berbeza, dan menggunakan ukuran hasil kajian yang berbeza. Terdapat dua kajian asid folik bersama B12. Analisis menunjukkan manfaat signifikan asid folik berbanding plasebo dalam beberapa aspek kognitif dalam kajian jangka panjang yang melibatkan golongan tua yang mempunyai aras homosistin yang tinggi daripada populasi umum. Dalam satu kajian perintis, asid folik sebanyak 1mg/sehari didapati berkait dengan peningkatan signifikan dalam respon perlakuan kepada perencat kolinesterase dalam pesakit Alzheimer.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Noor Salwah S Omar (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Tan May Loong (Penang Medical College). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi salwah@usm.my.

Petikan
Malouf R, Grimley Evans J. Folic acid with or without vitamin B12 for the prevention and treatment of healthy elderly and demented people. Cochrane Database of Systematic Reviews 2008, Issue 4. Art. No.: CD004514. DOI: 10.1002/14651858.CD004514.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan