Langkau ke kandungan utama

Senaman untuk gejala menopaus vasomotor.

Soalan ulasan: Adakah senaman merupakan rawatan yang berkesan untuk mengurangkan hangat memerah/ berpeluh malam dalam kalangan wanita menopaus yang mengalami hangat kemerahan?

Latar belakang: Kajian mendapati kebanyakkan wanita menopaus mengalami hangat kemerahan dan berpeluh malam. Terapi hormon dianggap sangat berkesan untuk merawat gejala tersebut. Namun begitu, ada kajian yang melapurkan bahawa terapi hormon berpotensi dikaitkan dengan beberapa kesan kesihatan yang negatif; ramai wanita memilih untuk tidak mengambilnya dan sedang mencari rawatan alternatif. Oleh itu, adalah penting untuk mengenalpasti pengubahsuaian gaya hidup yang dapat membantu mengurangkan kekerapan dan keterukan hangat kemerahan dan berpeluh malam. Kajian penulis dari kolaborasi Cochrane memeriksa bukti, yang semasa sehinggalah March 2014.

Ciri-ciri kajian: Lima kajian dibahagikan secara rawak merangkumi seramai 762 wanita yang mengalami hangat kemerahan/ berpeluh malam. Tiga percubaan dan dua kajian, masing-masing dimasukkan dalam perbandingan antara senaman versus kontrol (n= 454 wanita) dan senaman versus yoga (n=279 wanita). Satu kajian kecil (14 orang wanita) dibandingkan antara senaman dan terapi hormon.

Penemuan utama: Apabila senaman dibandingkan dengan tanpa senaman, didapati tiada perbezaan keberkesanannya ke atas hangat kemerahan. Satu kajian kecil mencadangkan bahawa terapi hormon adalah lebih berkesan daripada senaman. Bukti tidak mencukupi untuk menunjukkan samada senaman adalah lebih berkesan berbanding yoga. Tiada kajian yang menunjukkan apa-apa bukti perbezaan antara kumpulan berkenaan kesan sampingan, tetapi data tersebut terlalu kecil.

Kualiti bukti: Kualiti metodologi kajian adalah berubah-ubah. Kami menilai kualiti bukti sebagai sangat rendah. Limitasi utama adalah laporan yang lemah dalam metodologi, keputusan yang tidak konsisten dan ketepatan yang rendah.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Nik Hazlina Nik Hussain (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi hazlinakck@usm.my

Petikan
Daley A, Stokes-Lampard H, Thomas A, MacArthur C. Exercise for vasomotor menopausal symptoms. Cochrane Database of Systematic Reviews 2014, Issue 11. Art. No.: CD006108. DOI: 10.1002/14651858.CD006108.pub4.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan