Langkau ke kandungan utama

Adakah penerusan pencair-pencair darah kronik lebih baik berbanding dengan menghentikannya berdekatan atau semasa pembedahan implantasi peranti ritma jantung?

Mesej utama

Menghentikan pencair-pencair darah sebelum atau semasa pembedahan untuk satu CIED mungkin mengakibatkan sedikit atau tiada perbezaan dalam hasil-hasil yang tidak diingini seperti darah-darah beku atau peristiwa-peristiwa pendarahan apabila dibandingkan dengan mereka yang mengambilnya secara berterusan.

Apakah peranti-peranti elektronik implan jantung?

Kadangkala, jantung-jantung orang tidak berdegup pada ritma yang normal. Hal ini akan menyukarkan untuk jantung mengepam darah ke seluruh badan yang lain. Ia juga boleh meningkatkan peluang untuk mendapat darah-darah beku. Untuk menyelesaikan masalah tersebut, doktor-doktor boleh menggunakan sesuatu yang dikenali sebagai peranti elektronik implan jantung (CIED).

CIED ialah peranti kecil yang diselitkan di bawah kulit di dada. Ia kekal berhubung dengan jantung dan membantu memastikan ia berdegup pada irama yang normal. Peranti ini diletakkan semasa prosedur pembedahan. Walau bagaimanapun, sesetengah orang yang memerlukan CIED telah mengambil ubat untuk mencairkan darah mereka, yang menyebabkan pembedahan lebih berbahaya.

Apakah yang kami ingin ketahui?

Kami ingin mengetahui sama ada ia lebih baik untuk berhenti mengambil pencair-pencair darah sebelum dan semasa pembedahan untuk CIED atau untuk terus mengambilnya. Kami ingin melihat sekiranya berhenti mengambil pencair-pencair darah akan membantu mencegah masalah-masalah seperti darah-darah beku, pendarahan, atau strok-strok. Kami juga ingin melihat sekiranya orang lebih cenderung untuk mengalami masalah-masalah sekiranya kerap mengambil pencair-pencair darah.

Apakah yang kami lakukan?

Kami telah menggunakan proses yang berstruktur dan telah dsahkan untuk mencari semua percubaan terkawal rawak (RCTs) yang diterbitkan sehingga 26 November 2021. Kami telah menyertakan semua RCTs yang telah membandingkan sama ada ia lebih baik untuk menghentikan atau terus mengambil ubat pencair darah semasa pesakit-pesakit menjalani pembedahan untuk implan CIED. Dalam RCTs, kumpulan peserta-peserta telah dibahagikan secara rawak (seperti membalikkan satu syiling untuk menentukan kumpulan mana seseorang pesakit ditugaskan), kepada sama ada satu kumpukan yang berhenti mengambil pencair-pencair darah atau kumpulan yang terus mengambil pencair-pencair darah.

Apakah yang kami temui?

Sepuluh RCTs dengan jumlah 2221 peserta telah disertakan ke dalam ulasan kami. Enam kajian menilai pencair darah yang dikenali sebagai warfarin, di mana ia digunakan untuk merawat dan mencegah darah-darah beku. Empat kajian menaksir pencair-pencair darah yang dikenali sebagai oral antikoagulan langsung, satu kelas ubat-ubatan yang berfungsi secara berbeza berbanding dengan warfarin, tetapi mempunyai kesan-kesan pencairan darah yang sama dan telah digunakan untuk mencegah darah-darah beku. Peserta-peserta disusuli di mana-mana antara setengah bulan sehingga tiga bulan. Purata umur peserta-peserta dalah dalam lingkungan 68 hingga 75 tahun.

Keputusan utama

Menghentikan warfarin mungkin tidak memberi banyak perbezaan dalam pencegahan darah-darah beku atau pendarahan berbanding dengan terus mengambilnya untuk prosedur CIED.

Begitu juga, menghentikan antikoagulan oral langsung mungkin tidak memberikan perbezaan yang banyak dalam mencegah darah-darah beku atau pendarahan berbanding dengan terus mengambilnya untuk prosedur CIED.

Apakah batasan bukti?

Kajian-kajian yang telah disertakan dalam ulasan ini berbeza-beza secara meluas dari segi reka bentuk kajian, peserta-peserta, kaedah-kaedah yang digunakan, dan hasil-hasil yang telah dilaporkan.

Sejauh manakah bukti ini terkini?

Bukti ini terkini sehingga November 2021. Satu versi ulasan yang terkini masih sedang dijalankan.

Nota terjemahan

Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemah oleh Kuan Pei Xuan (Institute for Clinical Research). Disunting oleh Lai Nai Ming, School of Medicine, Taylor’s University, Malaysia.

Petikan
Chen B, Phan M, Pasupuleti V, Roman YM, Hernandez AV. Interrupted versus uninterrupted anticoagulation for cardiac rhythm management device insertion. Cochrane Database of Systematic Reviews 2025, Issue 1. Art. No.: CD013816. DOI: 10.1002/14651858.CD013816.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan