Langkau ke kandungan utama

Bias disebabkan oleh inklusi terpilih dan pelaporan hasil dan analisis dalam ulasan sistematik kajian terawak intervensi penjagaan kesihatan

Satu ulasan sistematik yang meringkaskan bukti daripada beberapa kajian untuk menjawab soalan penyelidikan tertentu (seperti jenis manfaat atau kemudaratan intervensi keadaan kesihatan tertentu?). Kerap kali, terdapat beberapa hasil bahawa pengarang-pengarang ulasan sistematik boleh melaporkan untuk menangani soalan penyelidikan mereka (seperti sakit, ketidakupayaan dan kualiti hidup untuk pesakit dengan keadaan muskuloskeletal) dan banyak keputusan berbeza sedia ada untuk hasil tertentu (seperti satu kajian yang mungkin mengukur sakit dengan menggunakan tiga skala berbeza pada empat titik masa). Sekiranya keputusan tentang hasil mana untuk mengkaji dalam ulasan sistematik adalah dibuat berdasarkan kepada keputusan untuk hasil tersebut dalam kajian yang layak, hal ini mungkin membawa kepada bias. Walaubagaimanapun, sekiranya keputusan tentang hasil mana yang perlu dilaporkan dalam ulasan sistematik dan cara untuk melaporkannya adalah berdasarkan kepada keputusan, hal ini mungkin boleh mengelirukan pengguna ulasan sistematik.

Ulasan metodologi ini merumuskan penemuan kajian yang mengkaji kemasukan keputusan dan pelaporan keputusan dalam ulasan sistematik. Kami telah mencari untuk kajian yang diindeks dalam pangkalan data bibliografi elektronik sehingga Mei 2013. Kami telah menyertakan tujuh kajian dan menemui bahawa hasil yang disiasat dan dilaporkan dalam ulasan sistematik kerap berubah antara protokol dan ulasan sistematik yang diterbitkan. Kami juga menjumpai bahawa ia adalah tidak jelas sama ada keputusan untuk membuat perubahan tersebut adalah berkaitan dengan sejauh mana kesan rawatan untuk hasil tersebut meyakinkan secara statistik. Lebih banyak kajian adalah diperlukan untuk mengesahkan sama ada hubungan ini wujud. Selain itu, satu kajian menemui bahawa sesetengah ulasan sistematik tidak melaporkan kesemua hasil yang penting dalam abstrak ulasan itu. Kajian lain telah menemui bahawa hasil dengan keputusan yang lebih meyakinkan secara statistik adalah lebih berkemungkinan dilaporkan sepenuhnya dalam abstrak berbanding dengan hasil yang lain. Kajian-kajian yang telah disertakan oleh kami adalah terhad kepada ulasan sistematik yang diterbitkan sebelum 2009. Kajian baru adalah diperlukan untuk mengkaji kemasukan inklusi dan pelaporan hasil dalam ulasan sistematik yang lebih terkini.

Nota terjemahan

Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemah oleh Kuan Pei Xuan (Institute for Clinical Research). Disunting oleh Lai Nai Ming, School of Medicine, Taylor’s University, Malaysia.

Petikan
Page MJ, McKenzie JE, Kirkham J, Dwan K, Kramer S, Green S, Forbes A. Bias due to selective inclusion and reporting of outcomes and analyses in systematic reviews of randomised trials of healthcare interventions. Cochrane Database of Systematic Reviews 2014, Issue 10. Art. No.: MR000035. DOI: 10.1002/14651858.MR000035.pub2.