Rejim senaman adalah berdasarkan kepada kekerapan, intensiti dan tempoh latihan senaman dan juga jenis aktiviti dan tahap awal kecergasan fizikal individu. Semua faktor tersebut perlu diambil kira semasa bertujuan untuk mencapai maklamat dengan latihan senaman berkala dan atau dengan pemulihan.
Empat puluh lima kajian, yang merawakkan 1863 peserta telah disertakan dalam ulasan ini. Tiga puluh dua kajian menyampaikan data yang boleh disertakan dalam analisa meta. Ulasan ini telah menunjukkan bahawa latihan senaman biasa telah meningkatkan secara ketara dalam kecergasan fizikal, fungsi fizikal (sebagai contohnya kapasiti berjalan), dan kualiti hidup yang berkaitan dengan kesihatan orang dewasa dengan penyakit buah pinggang kronik (CKD). Kesan-kesan yang bermanfaat juga dilihat pada ukuran hasil yang lain, seperti tekanan darah, tetapi di mana tahap bukti adalah agak rendah disebabkan terlalu sedikit kajian penyelidikan dan atau populasi kajian yang kecil. Kesan-kesan yang bermanfaat dilihat dalam kedua-dua orang dewasa dengan CKD tetapi masih belum memerlukan rawatan dialisis, pesakit dengan dialisis (hemodialisis dan peritoneal dialisis) dan penerima transplan buah pinggang.
Ulasan sistematik dan analisis meta ini membentangkan data berasaskan bukti kepada para doktor dan pesakit di mana jenis rejim latihan (jenis latihan, intensiti, kekerapan dan tempoh senaman) yang perlu digunakan untuk mengoptimumkan kesan saiz. Hasil-hasil tersebut perlu dilaksanakan oleh para doktor yang perlu menggalakkan dan memberitahu orang dewasa dengan CKD bahawa terdapat bukti saintifik untuk kesan bermanfaat daripada latihan senaman berkala, dan mereka yang menggunakan intervensi senaman yang mencukupi untuk mencapai maklamat pesakit dan para doktor dengan senaman berkala.
Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemah oleh Kuan Pei Xuan (Institute for Clinical Research). Disunting oleh Khaw Loke Tim (IMU University).