Cecair amnionik bernoda mekonium (MSAF) adalah hasil daripada bahan buangan daripada kolon fetus yang masuk ke dalam rongga amnion ibu. Insiden meningkat selepas kehamilan pasca penggal. Wanita hamil dengan MSAF adalah lebih berkemungkinan untuk mengalami komplikasi maternal termasuk keradangan membran fetus yang disebabkan oleh jangkitan bakteria (korioamnionitis), keradangan pasca penggal melibatkan lapisan rahim (endometritis) dan komplikasi neonatal seperti sepsis neonatal dan keperluan untuk dimasukkan ke unit rawatan rapi neonatal (NICU). Tekanan fetus atau hipoksia mungkin mencetuskan pernafasan fetus yang tercungap-cungap, yang mengakibatkan aspirasi mekonium.
Ulasan kami adalah berdasarkan dua kajian rawak terkawal (melibatkan 362 wanita) dan telah menemui bahawa antibiotik profilaksis mungkin mengurangkan risiko jangkitan intra-amniotik dalam wanita dengan MSAF ( bukti kualiti sederhana ). Penggunaan antibiotik tidak jelas dalam mengurangkan sepsis neonatal ( bukti kualiti rendah ), kemasukan NICU ( bukti kualiti rendah ) atau endometritis pasca penggal ( bukti kualiti rendah ). Kajian dengan bilangan ibu hamil yang lebih besar dengan MSAF akan diperlukan untuk mengkaji isu-isu tersebut.
Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemah oleh Kuan Pei Xuan (Institute for Clinical Research). Disunting oleh Shaun Lee (Monash University Malaysia).