Langkau ke kandungan utama

Rawatan epilepsi untuk orang dengan penyakit Alzheimer

Latar belakang
Penyakit Alzheimer adalah faktor risiko untuk meningkatkan sawan dalam kalangan orang yang lebih tua. Sebarang jenis sawan boleh dilihat di dalam penyakit Alzheimer dan ia mungkin dipandang kecil.

Ciri-ciri kajian
Kami mencari pangkalan data saintifik untuk kajian klinikal yang membandingkan rawatan ubatan dan rawatan tidak berdasarkan ubatan untuk epilepsi dalam kalangan orang dengan penyakit Alzheimer. Kami ingin menilai keberkesanan rawatan tersebut berjalan dan jika ia mempunyai sebarang kesan sampingan.

Hasil utama
Kami menyertakan dan menganalisis satu kajian rawak terkawal (satu kajian klinikal di mana peserta diagihkan secara rawak ke dalam satu atau dua atau lebih kumpulan rawatan) dengan 95 peserta. Mengenai perkadaran peserta dengan bebas dari sawan, tiada perbezaan signifikan didapati antara ubat antiepilepsi (levetiracetam berbanding lamotrigine, levetiracetam berbanding phenobarbital, dan lamotrigine berbanding phenobarbital). Levetiracetam dilihat mampu memperbaiki kognisi (pemikiran) dan lamotrigine mampu melegakan kemurungan; sementara phenobarbital dan lamotrigine boleh menerukkan kognisi, dan levetiracetam dan phenobarbital boleh menerukkan mood.

Kepastian bukti
Kepastian bukti untuk semua hasil kajian sangat rendah. Ini bermaksud bahawa kita sangat tidak pasti akan hasilnya dan ianya harus ditafsirkan dengan berhati-hati. Kajian rawak terkawal besar diperlukan untuk menentukan keberkesanan dan toleransi rawatan epilepsi dalam kalangan orang dengan penyakit Alzheimer.

Bukti terkini sehingga Ogos 2020.

Nota terjemahan

Diterjemah oleh Khoo Jing Hern (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Petikan
Liu J, Wang L-N. Treatment of epilepsy for people with Alzheimer's disease. Cochrane Database of Systematic Reviews 2021, Issue 5. Art. No.: CD011922. DOI: 10.1002/14651858.CD011922.pub4.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan