Mesej utama
Dua faktor penting yang meningkatkan kebarangkalian satu kajian menerangkan dalam abstrak kemudiannya akan diterbitkan sepenuhnya, (1) kehadiran keputusan ‘positif’ atau statistik yang ketara untuk keputusan dalam abstrak dan (2) sama ada pasukan yang memeriksa penerbitan penuh seterusnya adalah daripada negara berbahasa Inggeris atau yang menulis laporan merka dalam Bahasa Inggeris. Akibatnya adalah ulasan sistematik yang bergantung kepada penerbitan kajian sepenuhnya yang boleh memberikan penemuan yang tidak tepat atau bias disebabkan oleh terlalu bergantung terhadap kajian dengan keputusan positif atau daripada negara berbahasa Inggeris.
Soalan kami
Kami telah menyemak bukti tentang betapa kerapnya kajian yang dihantar sebagai abstrak pada mesyuarat saintifik adalah diterbitkan sepenuhnya, selalunya sebagai artikel jurnal. Kami telah menemui 425 laporan berkaitan, yang melibatkan 307,028 abstrak.
Latar belakang
Penyelidik-penyelidik menyediakan dan menghantar untuk pembentangan di mesyuarat saintifik. Abstrak yang terpilih untuk pembentangan selalunya dikumpulkan sebagai prosiding pembentangan, tetapi ini tidak mudah ditemui. Oleh itu, ia adalah penting untuk mengetahui sama ada karya yang dihantar dan dibentangkan kemudiannya diterbitkan sebagai artikel jurnal, di mana mudah dikenal pasti dan mengandungi lebih banyak maklumat berbanding dengan abstrak. Hal ini juga penting untuk mengetahui sama ada penerbitan kajian bergantung dengan saiz atau arah keputusan atau faktor lain. Jika ya, ulasan sistematik bergantung kepada kesusasteraan yang telah diterbitkan untuk bukti tentang kesihatan dan penjagaan sosial yang akan mempunyai maklumat yang tidak lengkap atau tidak seimbang, membawa kepada anggaran kesan-kesan intervensi dikaji yang tidak tepat atau bias.
Ciri-ciri kajian
Kami telah menyertakan 425 laporan kajian yang diterangkan dalam 551 artikel, yang telah mengkaji penerbitan penuh berikutnya sebanyak 307,028 abstrak daripada pelbagai biomedikal dan sains sosial. Lima puluh empat laporan telah menyertakan data daripada abstrak yang menerangkan kajian rawak atau terkawal. Daripada 425 laporan, 376 telah diterbitkan dalam Inggeris, dan 49 dalam bahasa lain.
Keputusan utama
1. Kurang daripada separuh kajian, dan kira-kira dua pertiga daripada kajian rawak, yang pada mulanya dibentangkan sebagai rumusan atau abstrak di mesyuarat, adalah diterbitkan sebagai artikel jurnal dalam tempoh 10 tahun selepas pembentangan.
2. Kajian dengan keputusan positif adalah lebih berkemungkinan untuk diterbitkan.
3. Kajian dengan saiz sampel yang lebih besar adalah lebih berkemungkinan untuk diterbitkan.
4. Kajian dengan abstrak yang dibentangkan secara lisan adalah lebih berkemungkinan untuk diterbitkan daripada kajian yang dibentangkan secara poster.
5. Kajian yang diterima untuk pembentangan semasa mesyuarat adalah lebih berkemungkinan untuk diterbitkan daripada kajian yang tidak diterima.
6. Kajian yang menggambarkan sains asas adalah lebih berkemungkinan untuk diterbitkan daripada kajian yang menggambarkan penyelidikan klinikal.
7. Kajian yang menggambarkan kajian rawak adalah lebih berkemungkinan untuk diterbitkan daripada kajian yang menggambarkan jenis kajian yang lain.
8. Kajian yang dijalankan di pelbagai pusat adalah lebih berkemungkinan untuk diterbitkan daripada kajian yang dijalankan di satu pusat sahaja.
9. Kajian yang dikelaskan sebagai ‘berkualiti tinggi’ adalah lebih berkemungkinan untuk diterbitkan daripada kajian yang ‘berkualiti rendah’.
10. Kajian dengan pengarang daripada penetapan akademik adalah lebih berkemungkinan untuk diterbitkan daripada kajian dengan pengarang daripada ketetapan yang lain.
11. Kajian yang dianggap oleh pengarang laporan yang mempunyai impak tinggi adalah lebih berkemungkinan untuk diterbitkan daripada kajian yang lain.
12. Kajian dengan sumber dana yang dilaporkan adalah lebih berkemungkinan untuk diterbitkan daripada kajian yang tidak melaporkan sumber dana.
13. Kajian yang berasal dari Amerika Utara atau Eropah adalah lebih berkemungkinan untuk diterbitkan daripada kajian yang berasal dari tempat lain.
14. Kajian daripada negara-negara berbahasa Inggeris adalah lebih berkemungkinan untuk diterbitkan daripada kajian yang berasal dari tempat lain.
Kualiti bukti
Kami yakin dengan penemuan kami. Kami mempertimbangkan lima kriteria untuk membentuk risiko bias dalam laporan yang telah disertakan, termasuk kaedah untuk mengenal pasti dan memadankan penerbitan penuh kepada abstrak, dan kaedah untuk menentukan sama ada sesuatu faktor adalah berkaitan dengan penerbitan penuh. Secara keseluruhan, 7.5% (32/425) daripada laporan yang diberikan skor sebagai mempunyai risiko keseluruhan bias yang tinggi, 83.1% (353/425) telah mempunyai sekurang-kurangnya satu kriteria yang berisiko tinggi untuk bias, dan 6.1% (26/425) telah mempunyai semua kriteria yang berisiko rendah untuk bias.
Tarikh Carian
Carian kami telah mengemas kini ulasan tahun 2007 dan terkini sehingga Februari 2016. Selepas kerja yang banyak yang melibatkan memasukkan lebih daripada 300 kajian tambahan daripada carian Februari 2016, kami memilih untuk tidak mengemas kini carian lagi disebabkan carian tambahan tidak mungkin mengubah kesimpulan keseluruhan kami dalam apa jua cara yang penting.
Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ulasan ini. Diterjemah oleh Kuan Pei Xuan (Institute for Clinical Research). Disunting oleh Khaw Loke Tim (IMU University).
Ulasan Cochrane ini pada asalnya dicipta dalam bahasa Inggeris. Ketepatan terjemahan adalah tanggungjawab pasukan terjemahan yang menghasilkannya. Terjemahan dihasilkan dengan berhati-hati dan mengikut proses standard untuk memastikan kawalan kualiti. Namun, sekiranya berlaku ketidakpadanan, terjemahan yang tidak tepat atau tidak sesuai, versi asal Bahasa Inggeris diutamakan.




