Mesej utama
-
Program-program pengurusan diri (jenis pendidikan atau latihan yang membantu orang mempelajari bagaimana untuk menguruskan kesihatan mereka) mungkin tidak meningkatkan tindakan kualiti hidup yang berkaitan dengan kesihatan atau penglihatan dalam orang dewasa dengan penglihatan yang rendah.
-
Bukti ini tidak pasti, dan lebih banyak penyelidikan adalah diperlukan untuk mengesahkan penemuan-penemuan tersebut.
Apakah kerosakan visual?
Kerosakan visual merujuk kepada keadaan di mana penglihatan seseorang dikurangkan dan tidak boleh dibetulkan dengan menggunakan cermin mata, kanta sentuh, atau pembedahan. Hal ini membawa kepada kesukaran untuk melihat atau mentafsir maklumat visual. Kerosakan ini boleh daripada julat separa penglihatan kepada buta sepenuhnya, dan mungkin diakibatkan daripada pelbagai jenis punca seperti penyakit-penyakit mata, kecederaan, atau keadaan kongenital (kecacatan kelahiran). Individu-individu dengan kerosakan penglihatan kerap bergantung kepada kaedah-kaedah alternatif untuk memandu arah persekitaran mereka dan mengakses maklumat secara berkesan.
Bagaimanakah kerosakan visual dirawat?
Rawatan berbeza-beza untuk kerosakan visual bergantung kepada punca asal dan keterukan keadaan tersebut. Untuk keadaan di mana cermin mata atau kanta sentuh tidak meningkatkan penglihatan kepada tahap berfungsi, program rehabilitasi memberikan sokongan dan latihan untuk membantu individu-individu dengan kerosakan penglihatan menyesuaikan diri kepada keadaan mereka, mempelajari kemahiran baru, dan menggunakan teknologi-teknologi bantuan (produk atau sistem yang menyokong dan membantu) untuk tugasan dan aktivit harian dengan berkesan. Kemahiran dan teknik yang telah dipelajari memperkasakan individu untuk menguruskan keadaan kesihatan mereka dengan berkesan.
Mengapakah ini penting?
Kerosakan visual boleh memberikan kesan kepada kualiti hidup individu, menjejaskan keupayaan mereka untuk menjalankan aktiviti harian, mengekalkan hubungan sosial, dan menikmati kehidupan. Program-program pengurusan diri boleh berpotensi untuk membantu individu menyesuaikan diri dengan kehilangan penglihatan dan meningkatkan kesejahteraan hidup mereka.
Apakah yang kami ingin ketahui?
Kami ingin mengetahui sama ada latihan pengurusan diri adalah lebih baik berbanding dengan penjagaan biasa untuk orang dengan penglihatan yang rendah.
Apakah yang kami lakukan?
Kami telah mencari kajian-kajian yang membandingkan program-program pengurusan diri dengan penjagaan biasa atau tanpa program. Kami telah membandingkan dan merumuskan keputusan kajian-kajian tersebut dan menilai keyakinan kami terhadap bukti untuk kualiti hidup dan ukuran-ukuran lain berdasarkan faktor-faktor seperti kaedah dan saiz kajian.
Apakah yang kami temui?
Kami telah menyertakan 20 kajian dengan 3151 peserta dalam ulasan kami. Kajian-kajian tersebut sangat berbeza dari segi jenis program pengurusan diri yang telah digunakan dan hasil-hasil yang telah diukur. Keseluruhannya, kami telah menemui progam-program pengurusan diri yang mungkin mempunyai sedikit sehingga tiada impak kepada peningkatan kualiti hidup dan kualiti hidup berkaitan dengan penglihatan untuk orang dewasa dengan kerosakan penglihatan. Daripada empat kajian yang telah melihat kepada kemudaratan, tiga menemui tiada peristiwa-peristiwa yang tidak diingini yang berkaitan dengan rawatan tersebut. Dalam satu kajian, walau bagaimanapun, 12 orang (bersamaan dengan kira-kira 34 orang daripada 100) dalam kumpulan pengurusan diri dan tujuh orang (bersamaan dengan kira-kira 22 orang daripada 100) dalam kumpulan perbandingan yang perlu berjumpa dengan seseorang doktor untuk gejala-gejala depresi.
Apakah batasan bukti?
Kami mempunyai sedikit keyakinan terhadap bukti, disebabkan terdapat kajian-kajian yang tidak mencukupi untuk memastikan keputusannya, dan bukan semua kajian memberikan data tentang semua yang kami minati.
Sejauh manakah bukti ini terkini?
Bukti ini terkini sehingga Mei 2024.
Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemah oleh Kuan Pei Xuan (Institute for Clinical Research). Disunting oleh Lai Nai Ming, School of Medicine, Taylor’s University, Malaysia.