Langkau ke kandungan utama

Pengawalaturan-menurun pituitari jangka-panjang sebelum persenyawaan in vitro (IVF) untuk wanita dengan endometriosis

Soalan ulasan

Kami mengulas keberkesanan dan keselamatan merawat wanita yang diketahui mempunyai endometriosis (penyakit yang dicirikan oleh kehadiran tisu endometrium di luar rongga rahim) dengan ubatan agonis hormon perlepasan gonadotrophin (GnRH) untuk tempoh tiga hingga enam bulan sebelum persenyawaan in vitro (IVF) dan suntikan sperma intrasitoplasmik (ICSI). Kami bertujuan untuk membandingkan intervensi ini dengan tiada rawatan sebelum IVF/ICSI, pra rawatan dengan gabungan kontraseptif oral (COC) berterusan dalam jangka-panjang atau rawatan pembedahan untuk mengeluarkan endometriomas (sista yang terbentuk dalam ovari sebagai akibat daripada endometriosis).

Latar belakang

Ramai wanita yang terjejas oleh endometriosis menderita dengan kemandulan dan mungkin, hasilnya, perlu mendapatkan rawatan IVF/ICSI. IVF/ICSI didapati kurang berjaya dalam kalangan wanita dengan endometriosis dan pelbagai intervensi sebelum IVF/ICSI telah dicadangkan untuk dicuba dan meningkatkan hasil. Ini termasuk yang terapi agonis GnRH jangka-panjang, terapi berterusan COC jangka-panjang atau pembedahan untuk mengeluarkan endometriomas.

Ciri-ciri kajian

Kami mendapati lapan ujian terkawal rawak yang membandingkan terapi agonis GnRH jangka-panjang dengan tiada pra rawatan yang melibatkan sejumlah 640 wanita dengan endometriosis sebelum IVF/ICSI. Bukti adalah terkini sehingga Januari 2019.

Keputusan utama

Berbanding dengan tiada pra rawatan, kami tidak pasti sama ada terapi agonis GnRH jangka-panjang sebelum IVF/ICSI dalam kalangan wanita dengan endometriosis memberi kesan kepada kadar kelahiran hidup. Bukti mencadangkan bahawa jika peluang kadar kelahiran hidup dianggap 36% dengan tiada pra rawatan, apabila mengikuti terapi agonis GnRH jangka-panjang peluang itu adalah antara 9% dan 31%. Kami juga tidak pasti sama ada intervensi ini mempengaruhi kadar komplikasi, kadar kehamilan klinikal, kadar kehamilan kembar, kadar keguguran, bilangan purata oosit dan bilangan purata embrio. Tiada kajian yang membandingkan terapi agonis GnRH jangka-panjang dengan terapi berterusan COC jangka-panjang atau pembedahan untuk mengeluarkan endometriomas.

Kualiti bukti kajian

Bukti tersebut adalah kualiti yang sangat rendah. Batasan-batasan utama dalam bukti adalah kekurangan pembutaan (proses di mana wanita yang menyertai ujian dan kakitangan penyelidikan, tidak mengetahui intervensi yang digunakan), ketidakkonsistenan (perbezaan antara kajian-kajian), dan ketidaktepatan (kesilapan rawak dan kajian bersaiz kecil).

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Mastura Abd Malek (Pelajar Pasca-Siswazah, Fakulti Perubatan UiTM). Disunting oleh Shazlin Shaharudin (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi mastura.malek78@gmail.com

Petikan
Georgiou EX, Melo P, Baker PE, Sallam HN, Arici A, Garcia-Velasco JA, Abou-Setta AM, Becker C, Granne IE. Long-term GnRH agonist therapy before in vitro fertilisation (IVF) for improving fertility outcomes in women with endometriosis. Cochrane Database of Systematic Reviews 2019, Issue 11. Art. No.: CD013240. DOI: 10.1002/14651858.CD013240.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan