Langkau ke kandungan utama

Penapis

Bukti

Buku Panduan/Manual

Berita

Apakah manfaat dan risiko terapi cahaya tahap rendah (fotobiomodulasi) untuk merawat degenerasi makula berkaitan umur (sejenis keadaan mata degenerasi)?

Bantu menambah baik Ringkasan Cochrane – lengkapkan survey ringkas ini

Mengapa persoalan ini penting?
Degenerasi makula berkaitan umur (AMD) adalah keadaan mata yang biasa. Ia biasanya berlaku pada orang yang berumur melebihi 50, dan membawa kepada kehilangan penglihatan pusat yang progresif. Orang dengan AMD mungkin berasa sukar untuk membaca atau mengecam muka, dan mereka boleh menjadi separa rabun.

AMD berkembang secara berperingkat. Untuk permulaan, bintik kuning (drusen) berkembang di bawah retina (bahagian belakang mata). Hal ini tidak kelihatan dengan mata kasar, tetapi boleh dilihat oleh profesional kesihatan semasa pemeriksaan mata. Semasa AMD berkembang, sel yang terletak di dalam makula (bahagian pusat retina) yang diperlukan untuk penglihatan akan mati. Sekiranya saluran darah di dalam mata terus bocor, keadaan ini dikenali sebagai AMD ‘basah’. Sekiranya tiada bocoran, keadaan ini dikenali sebagai AMD ‘kering’.

Tiada penawar untuk AMD kering. Walau bagaimanapun, ia mungkin boleh menggunakan terapi cahaya tahap rendah (fotobiomodulasi) untuk menghentikan penglihatan daripada menjadi lebih teruk. Untuk mengetahui betapa berkesan fotobiomodulasi untuk merawat AMD kering dan sama ada ia berkaitan dengan kesan-kesan yang tidak diingini, kami telah menyemak bukti daripada kajian penyelidikan.

Bagaimanakah kami mengenalpasti dan menilai bukti?
Pertama, kami telah mencari kajian terkawal rawak (kajian klinikal di mana orang telah diletakkan secara rawak ke dalam satu atau dua lebih banyak kumpulan rawatan), disebabkan kajian tersebut memberikan bukti yang paling kukuh tentang kesan rawatan tersebut. Kami telah membandingkan keputusan tersebut, dan merumuskan bukti daripada kajian. Akhir sekali, kami menilai keyakinan kami terhadap bukti itu, berdasarkan faktor-faktor seperti kaedah dan saiz kajian, dan konsistensi keputusan merentas kajian.

Apakah yang ditemukan?
Kami telah menemui dua kajian yang melibatkan sejumlah 90 orang dengan AMD kering. Kedua-dua kajian telah menerima dana awam.

Dalam satu kajian, dengan 60 orang, yang bertempat di UK, 30 orang yang telah memakai topeng mata pemancar cahaya untuk lapan jam pada setiap malam untuk setahun. Keputusan mereka telah dibandingkan dengan yang melibatkan 30 orang yang tidak menerima rawatan.

Dalam kajian yang lain, dengan 30 orang, yang bertempat di Kanada, orang telah menerima sama ada:

→ terapi cahaya tahap rendah untuk lima minit pada setiap mata, tiga kali seminggu untuk tiga minggu, yang diulang selepas rehat enam bulan; atau

→ rawatan palsu, tiga kali seminggu untuk tiga minggu, yang diulang selepas rehat enam bulan.

Lima daripada penyelidik untuk kajian ini mempunyai kaitan dengan pengilang peranti terapi cahaya yang telah digunakan (tiga daripada mereka telah diupah oleh pengilang).

Kami mempunyai sedikit sehingga sangat sedikit keyakinan terhadap bukti yang telah kami temui, disebabkan ia hanya berdasarkan dua kajian kecil. Cara kajian-kajian ini telah dijalankan telah menimbulkan ralat dalam keputusannya.

Bukti menunjukkan bahawa:

→ fotobiomodulasi boleh memberikan sedikit atau tiada perbezaan terhadap perubahan dalam kejelasan penglihatan setahun selepas memulakan rawatan berbanding dengan tiada rawatan atau rawatan palsu;

→ fotobiomodulasi boleh memberikan sedikit atau tiada perbezaan terhadap perkembangan penyakit AMD selepas setahun;

→ fotobiomodulasi boleh meningkatkan keupayaan seseorang untuk membezakan objek bertentangan dengan latar belakangnya;

→ fotobiomodulasi boleh memberikan sedikit atau tiada perbezaan terhadap kejelasan penglihatan seperti yang dilaporkan oleh pesakit.

Kami mempunyai terlalu sedikit keyakinan terhadap bukti yang boleh menentukan sama ada, selepas setahun rawatan, fotobiomodulasi mempengaruhi:

→ perkembangan kepada AMD basah.

Disebabkan tiada kajian yang telah melaporkan maklumat tentang beberapa hasil, kami tidak dapat menentukan daripada bukti sama ada, selepas setahun rawatan, fotobiomodulasi mempengaruhi:

→ penglihatan dekat;

→ penglihatan dalam cahaya rendah; atau

→ kelajuan membaca.

Apakah yang ingin dimaksudkan?
Berbanding dengan tiada rawatan atau rawatan palsu, fotobiomodulasi mungkin membuat sedikit atau tiada perbezaan untuk kejelasan penglihatan atau perkembangan penyakit pada orang dengan AMD kering setahun selepas memulakan rawatan.

Kami tidak tahu sekiranya fotobiomodulasi mempengaruhi aspek lain seperti perkembangan kepada AMD basah atau perubahan terhadap penglihatan dekat. Hal ini disebabkan terlalu sedikit kajian, atau tiada, kajian kukuh yang telah menyiasatnya.

Adakah ulasan ini yang terkini?
Bukti dalam Ulasan Cochrane ini adalah terkini sehingga Mei 2020.

Nota terjemahan

Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ulasan ini. Diterjemah oleh Kuan Pei Xuan (Institute for Clinical Research). Disunting oleh Shaun Lee (Monash University Malaysia).

Ulasan Cochrane ini pada asalnya dicipta dalam bahasa Inggeris. Ketepatan terjemahan adalah tanggungjawab pasukan terjemahan yang menghasilkannya. Terjemahan dihasilkan dengan berhati-hati dan mengikut proses standard untuk memastikan kawalan kualiti. Namun, sekiranya berlaku ketidakpadanan, terjemahan yang tidak tepat atau tidak sesuai, versi asal Bahasa Inggeris diutamakan.

Petikan
Henein C, Steel DHW. Photobiomodulation for non-exudative age-related macular degeneration. Cochrane Database of Systematic Reviews 2021, Issue 5. Art. No.: CD013029. DOI: 10.1002/14651858.CD013029.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan