Langkau ke kandungan utama

Ubat antiepileptik untuk sakit kronik bukan kanser dalam kanak-kanak dan remaja

Kesimpulan

Penyelidik tidak pasti sama ada ubat antiepileptik boleh memberikan kelegaan kesakitan untuk kesakitan berkaitan dengan bukan kanser dalam kanak-kanak dan remaja. Kita tidak mempunyai bukti bahawa satu jenis ubat antiepileptik adalah lebih berkesan daripada lain.

Latar belakang

Kanak-kanak boleh mengalami sakit kronik atau berulang yang berkaitan keadaan genetik, kerosakan saraf, sakit otot atau tulang, sakit perut, atau dari punca yang tidak diketahui. Sakit kronik adalah sakit yang berlangsung tiga bulan atau lebih lama dan biasanya disertai dengan perubahan dalam gaya hidup dan kebolehan berfungsi serta mendapat sokongan daripada tanda dan gejala kemurungan dan kebimbangan.

Ubat antiepileptik (anticonvulsant) asalnya dibangunkan untuk merawat epilepsi, tetapi sebahagian daripada ubat-ubatan telah menunjukkan untuk memberikan kelegaan sakit dalam beberapa keadaan sakit yang kronik dalam orang dewasa.

Ciri-ciri Kajian

Pada September 2016 penyelidik mencari kajian klinikal di mana ubat antiepileptik telah digunakan untuk merawat kesakitan kronik. Penyelidik mendapati dua kajian dengan seramai 141 orang peserta (umur 7 hingga 18 tahun) dengan kesakitan neuropatik kronik, sindrom sakit serantau yang kompleks jenis 1 atau fibromialgia, yang mempunyai lebih daripada 3 bulan.

Keputusan-keputusan utama

Satu kajian melihat pada pregabalin berbanding dengan plasebo bagi orang dengan fibromialgia, dan mendapati tiada perubahan ketara dalam skor kesakitan. Kajian lain menilai gabapentin berbanding dengan amitriptyline, tetapi tidak melaporkan hasil kesakitan yang ditetapkan oleh penyelidik.

Kesan sampingan adalah tidak biasa, dan hanya reaksi ringan (seperti loya, pening, mengantuk, keletihan dan ketidakselesaan abdomen): pregabalin 38 peserta, gabapentin 2 peserta, amitriptyline 1 peserta dan plasebo 34 peserta. Hanya 11 peserta menarik diri disebabkan oleh kesan sampingan ringan ini (4 pregabalin, 2 gabapentin, 1 amitriptyline, 4 plasebo).

Kualiti bukti kajian

Kami menilai kualiti bukti dari kajian-kajian menggunakan empat tahap: sangat rendah, rendah, sederhana, atau tinggi. Bukti berkualiti sangat rendah bermakna kami sangat tidak pasti tentang keputusannya. Bukti berkualiti tinggi bermakna kami sangat yakin dengan keputusannya.

Kualiti bukti dalam ulasan ini adalah sangat rendah disebabkan oleh kekurangan data dan kajian saiz kecil.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Petikan
Cooper TE, Wiffen PJ, Heathcote LC, Clinch J, Howard R, Krane E, Lord SM, Sethna N, Schechter N, Wood C. Antiepileptic drugs for chronic non-cancer pain in children and adolescents. Cochrane Database of Systematic Reviews 2017, Issue 8. Art. No.: CD012536. DOI: 10.1002/14651858.CD012536.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan