Langkau ke kandungan utama

Penggunaan cecair buffered berbanding dengan 0.9% saline dalam resusitasi orang dewasa dan kanak-kanak yang berada pada keadaan yang kritikal.

Latar belakang

Terapi intravenous (melalui saluran darah) berfungsi sebagai asas dalam rawatan pelbagai penyakit yang parah/serius. Mengetahui kesannya dari segi hasil klinikal merupakan isu yang penting. Terdapat beberapa keraguan sama ada penggunaan 0.9% saline boleh menyebabkan risiko kematian yang lebih tinggi di kalangan pesakit atau merosotkan fungsi ginjal mereka yang relevan.

Tujuan kajian semula Cochrane ini adalah untuk mengetahui sama ada terapi menggunakan cecair buffered (garam berasaskan air (saline) bersama dengan cecair yang mengandungi penampan (buffer) untuk mengekalkan pH yang malar) dapat mengurangkan kadar kematian di Hospital dan kurang kerosakan pada buah pinggang di kalangan orang dewasa kritikal dan kanak-kanak , apabila dibandingkan dengan 0.9% saline.

Ciri-ciri kajian

Kami mendapati 21 kajian yang dijalankan bersama kanak-kanak dan orang dewasa, dengan jumlah 20,213 peserta. Kajian ini membandingkan cecair buffered dengan 0.9% saline di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak dalam keadaan kritikal (termasuk mereka yang mengalami sepsis, trauma, terbakar atau kejutan) yang tidak dirancang untuk pembedahan. Kami mengecualikan kajian di mana peserta telah menjalani pembedahan terancang (elektif). Kajian ini mengambil tempat di 13 buah negara.

Sumber pembiayaan kajian

Dua belas daripada kajian yang terlibat dibiayai oleh kerajaan atau organisasi yang tidak berasaskan keuntungan, dua kajian melibatkan pembiayaan campuran, satu dibiayai oleh sebuah syarikat yang peranannya tidak dijelaskan, dan enam kajian tiada butiran mengenai pembiayaan kajian.

Keputusan utama
Penggunaan cecair buffered tidak didapati mengurangkan kematian di Hospital atau kerosakkan fungsi buah pinggang di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak yang berpenyakit kritikal apabila dibandingkan dengan 0.9% saline.

Kajian menunjukkan bahawa apabila pesakit kritikal menerima cecair buffered berbanding dengan 0.9% saline :
1. cecair buffered memberikan sedikit atau tiada perbezaan kepada kadar kematian keseluruhan (19,664 peserta; 14 kajian; bukti kepastian tinggi);
2. cecair buffered mungkin memberikan sedikit atau tiada perbezaan dalam kekurangan bilangan pesakit yang mempunyai fungsi buah pinggang yang semakin teruk (18,701 peserta; 9 kajian; bukti kepastian rendah); Dan
3. kami tidak pasti sama ada cecair buffered mengurangkan kemerosotan organ lain (contohnya, paru, hati, atau fungsi otak), gangguan elektrolyte (peningkatan atau mengurangkan klorida atau natrium atau garam lain), dan keperluan untuk menerima transfusi darah kerana bukti kepastian dinilai sebagai sangat rendah.

Tidak ada kajian yang mengaji kehilangan darah, gangguan pembekuan darah (mengenai risiko pendarahan atau pembekuan), dan kualiti hidup.

Keputusan berbeza dari segi masa kajian dilaporkan, unit ukuran yang digunakan, dan langkah yang dilaporkan. Jumlah cecair yang diberikan sebagai terapi bendalir tidak direkodkan. Hanya empat kajian yang melibatkan kanak-kanak. Kanak-kanak yang terlibat berada dalam keadaan yang kurang teruk berbanding dengan kajian dengan peserta dewasa, dan kerosakan buah pinggang tidak dilaporkan. Sebaik sahaja tiga kajian yang sedang dijalankan pada masa ini diterbitkan dan dinilai, hasil kajian-kajian tersebut mungkin mengubah kesimpulan ulasan ini.

Adakah ulasan ini terkini?
Kami mencari kajian-kajian yang telah diterbitkan sehingga Julai 2018.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Manisha Coran (RCSI&UCD Malaysia Campus). Disunting oleh Chan MW (RCSI&UCD Malaysia Campus). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi manisha@ms.pmc.edu.my atau chanmw@rcsiucd.edu.my

Petikan
Antequera Martín AM, Barea Mendoza JA, Muriel A, Sáez I, Chico-Fernández M, Estrada-Lorenzo JM, Plana MN. Buffered solutions versus 0.9% saline for resuscitation in critically ill adults and children. Cochrane Database of Systematic Reviews 2019, Issue 7. Art. No.: CD012247. DOI: 10.1002/14651858.CD012247.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan