Langkau ke kandungan utama

Parasetamol (acetaminophen) untuk mencegah atau merawat kesakitan dalam kalangan bayi baru lahir

Soalan ulasan: Adakah paracetamol berkesan dan selamat untuk mencegah atau merawat kesakitan bagi kesaikitan semasa prosedur atau selepas pembedahan; atau kesakitan yang berkaitan dengan keadaan klinikal dalam kalangan bayi yang baru lahir?

Latar belakang: Bayi yang baru lahir mempunyai keupayaan untuk merasai kesakitan. Bayi yang baru lahir yang dirawat di unit rawatan rapi neonatal terdedah kepada banyak prosedur yang menyakitkan. Bayi yang baru lahir yang sihat terdedah kepada kesakitan jika proses kelahiran adalah kelahiran vagina yang dibantu dengan pengekstrakan vakum atau forsep dan semasa pengambilan darah untuk ujian saringan bagi bayi yang baru lahir.

Ciri-ciri kajian: Kami telah mengenal pasti sembilan kajian yang melaporkan perbandingan antara parasetamol dan plasebo atau lain-lain intervensi mengurangkan kesakitan dalam kalangan 728 bayi. Pencarian kesusasteraan telah dikemaskini pada Mei 2016.

Keputusan-keputusan utama: Parasetamol untuk cucukan tumit tidak mengurangkan kesakitan berbanding dengan plasebo (air atau eliksir ceri) atau berbanding dengan krim EMLA (campuran eutektik antara lidocaine dan prilocaine). Penggunaan parasetamol dikaitkan dengan tindak balas yang lebih kuat terhadap kesakitan daripada penggunaan glukosa. Parasetamol tidak mengurangkan kesakitan pada bayi yang terdedah kepada pengekstrakan vakum atau forsep ketika lahir, dan tindak balas mereka meningkat terhadap cucukan tumit berikutnya pada usia dua atau tiga hari berbanding dengan plasebo. Untuk pemeriksaan mata, parasetamol adalah berkesan dalam mengurangkan kesakitan berbanding dengan air dalam satu kajian, tetapi tindak balas kesakitan itu lebih kuat dalam kalangan bayi yang dirawat dengan parasetamol daripada bayi yang diberi 24% sukrosa. Dalam kalangan bayi yang dirawat dengan parasetamol dan morfin berbanding dengan morfin sahaja, jumlah morfin yang diperlukan semasa 48 jam pertama selepas pembedahan major kepada bahagian dada atau abdomen adalah kurang dalam kumpulan paracetamol. Parasetamol tidak mengurangkan kesakitan dengan ketara semasa cucukan tumit. Parasetamol yang diberi susulan kelahiran yang dibantu boleh meningkatkan tindak balas terhadap pendedahan kepada intervensi yang menyakitkan yang berlaku kemudian. Parasetamol boleh mengurangkan jumlah keperluan untuk morfin selepas pembedahan major, dan penyelidikan lanjut diperlukan dalam aspek penggunaan parasetamol ini.

Kualiti bukti: Secara umum kajian-kajian adalah berkualiti tetapi bilangan bayi yang terlibat dalam kajian yang berlainan adalah kecil. Kualiti bukti keseluruhan adalah rendah.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Foo Sook Lee (RCSI & UCD Malaysia Campus). Disunting oleh Ahmad Filza Ismail (afilza@usm.my). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Petikan
Ohlsson A, Shah PS. Paracetamol (acetaminophen) for prevention or treatment of pain in newborns. Cochrane Database of Systematic Reviews 2020, Issue 1. Art. No.: CD011219. DOI: 10.1002/14651858.CD011219.pub4.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan