Langkau ke kandungan utama

Penambahan zink untuk rawatan campak dalam kalangan kanak-kanak

Soalan ulasan

Apakah kesan penambahan zink dalam rawatan kanak-kanak dengan campak?

Latar belakang

Jangkitan campak telah berkurang di seluruh dunia dalam dekad yang lalu, tetapi wabak besar masih berlaku, terutama di negara-negara berpendapatan rendah. Zink adalah salah satu mikronutrien penting untuk fungsi sistem imun yang optimal. Kekurangan zink adalah lazim dalam kalangan kanak-kanak di negara-negara berpendapatan rendah dan pertengahan. Oleh itu, adalah penting untuk memeriksa potensi peranan penambahan zink dalam mengawal simptom jangkitan campak dalam kalangan kanak-kanak.

Kami berhasrat untuk menilai secara kritikal bukti terkini daripada kajian-kajian yang diterbitkan tentang kesan penambahan zink untuk rawatan campak dalam kalangan kanak-kanak.

Tarikh carian

Kami mencari bukti sehingga 03 Februari 2017. Ini adalah kemaskini ulasan yang diterbitkan pertama kali pada 2015. Kami tidak memasukkan sebarang kajian terbaru untuk kemaskini ini.

Ciri-ciri kajian

Kami mendapati satu kajian rawak terkawal kecil (melibatkan 85 kanak-kanak) yang membandingkan penambahan zink dan plasebo kepada kanak-kanak dengan campak dan pneumonia. Kesemua 85 kanak-kanak menerima penjagaan sokongan dan vitamin A. Kajian tersebut dilaksanakan di India dan dibiayai oleh Yayasan Kesihatan Kanak-kanak USA dan Yayasan Nestle.

Keputusan utama

Kajian tersebut adalah kecil dan tidak memberi data yang cukup untuk menentukan sama ada zink memberi kesan terhadap kematian berbanding plasebo. Walaupun tiada kesan buruk dilaporkan, masih tidak cukup bukti untuk membuat sebarang kesimpulan mengenai penggunaan penambahan zink untuk menambahbaik simptom campak dalam kalangan kanak-kanak. Lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk menjelaskan sebarang manfaat dan mudarat.

Kualiti bukti

Kami menilai kualiti bukti sebagai sangat rendah.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Zahratulfatin Mohd Mahfoz (Penang Medical College). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi zahratulfatin@ms.pmc.edu.my

Petikan
Awotiwon AA, Oduwole O, Sinha A, Okwundu CI. Zinc supplementation for the treatment of measles in children. Cochrane Database of Systematic Reviews 2017, Issue 6. Art. No.: CD011177. DOI: 10.1002/14651858.CD011177.pub3.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan