Langkau ke kandungan utama

Hasil ibu dan bayi berikutan kelahiran semula jadi faraj berbanding pembedahan caesarean (c-section) dalam kalangan wanita dengan gangguan pendarahan dan wanita pembawa

Soalan ulasan

Kami melihat bukti-bukti hasil ibu dan bayi berikutan kelahiran semula jadi faraj dan caesarean (c-section) dalam kalangan wanita dengan gangguan pendarahan dan pembawa. Ini adalah kemas kini ulasan terbitan terdahulu.

Latar belakang

Kami ingin mengulas cara yang paling selamat untuk melahirkan bayi dalam kalangan wanita dengan gangguan perdarahan dan wanita pembawa dan menilai masalah yang mungkin berlaku semasa melahirkan untuk ibu dan bayi dengan kedua-dua kaedah kelahiran.

Tarikh carian

Bukti adalah terkini sehingga: 21 Jun 2021.

Keputusan utama

Kami tidak dapat mencari sebarang kajian rawak atau separa rawak terkawal untuk menganalisis cara yang paling selamat (sama ada kelahiran faraj semulajadi atau c-section) untuk melahirkan dan masalah yang dihadapi oleh ibu dan bayi semasa melahirkan dalam populasi ini. Memandangkan jarangnya gangguan -gangguan dan cabaran untuk melakukan kajian semasa hamil, adalah tidak mungkin sebarang kajian rawak terkawal akan dijalankan pada masa akan datang. Oleh itu, pengamal perubatan perlu membuat keputusan mengenai rawatan menggunakan bukti bertahap lebih rendah.

Nota terjemahan

Diterjemah oleh Wong Chun Hoong (Hospital Sultanah Aminah). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Universiti Manipal Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my.

Petikan
Karanth L, Abas ABL. Maternal and foetal outcomes following natural vaginal versus caesarean section (c-section) delivery in women with bleeding disorders and carriers. Cochrane Database of Systematic Reviews 2021, Issue 12. Art. No.: CD011059. DOI: 10.1002/14651858.CD011059.pub4.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan